[VIDEO] Chef Wan ‘Sekolahkan’ Uncle Roger & Ajar Cara Masak Dengan Betul Tanpa MSG

Pasti ramai yang mengenali Youtuber Uncle Roger, mendengar namanya ramai yang terbayang teletahnya yang kelakar.

Sebelum ini, Uncle Roger berjaya menarik perhatian ramai apabila video reaksinya terhadap video memasak nasi goreng telur oleh hos BBC, Hersha Patel tular di media sosial.

Uncle Roger kunjungi restoran milik Chef Wan

Difahamkan, Uncle Roger sudah kembali ke Malaysia dan telah berkunjung ke restoran milik Chef Wan, seorang tukang masak selebriti yang cukup dikenali rakyat Malaysia.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Uncle Roger, kelihatan suasana riuh rendah didalam dapur apabila Uncle Roger dan Chef Wan bergabung.

Chefwan ajar cara masak yang betul tanpa bantuan MSG

Mana tidaknya, Chef Wan dilihat sedang mengajar Uncle Roger cara masak dengan betul tanpa bantuan MSG.

Untuk pengetahuan umum, Chef Wan sebelum ini pernah ‘mengharamkan’ MSG dalam dapur miliknya.

Chef Wan sekolahkan Uncle Roger

Malah, kita dapat lihat Uncle Roger ‘disekolahkan’ oleh Chef Wan ketika mereka sedang memasak di dapur.

Pastinya ini satu adegan yang jarang dapat dilihat dan anda pasti akan terhibur melihat gelagat mereka berdua.

Netizen terhibur dengan gelagat Chef Wan dan Uncle Roger

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen rasa terhibur dan mengatakan episod kali ini merupakan episod terbaik yang pernah dimuatnaik olehnya.

Mereka juga turut berharap akan ada lagi video antara Uncle Roger dan Chef Wan selepas ini.

Selain itu, netizen juga kagum dengan sikap profesional Chef Wan yang tidak berkecil hati dengan sebarang komen yang dikatakan oleh Uncle Roger.