[VIDEO] Budak Ini Meraung Menitiskan Air Mata Disebabkan 7 Hari Mencintaiku, Ini Rupanya Babak Yang Ditonton

Drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 sudah hampir sampai ke penghujungnya. Karya arahan Jamal Khan ini telah mendapat sambutan luar biasa dari penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Menerusi perkongsian video daripada pengguna Facebook Farah Aien menyaksikan reaksi anak saudaranya kelihatan mudah tersentuh dengan babak sedih yang dipaparkan dalam drama tersebut. Jatuh air mata jantan tu!

Perkongsian video ini di laman Facebook Farah Aien telah mendapat lebih 4.7ribu tanda kongsi dan 106ribu tontonan umum.

Klip video ini menyaksikan tindakan dan reaksi menangis seorang kanak-kanak lelaki yang mudah tersentuh dengan babak sedih dalam drama itu.

Drama pada episod 31 itu menceritakan konflik perkahwinan watak Khuzairi yang tetap degil untuk berkahwin dengan Nurul meskipun telah dirayu oleh ibunya, Mak Leha.

Sebelum ini, Mak Leha bertegas untuk mengahwini Khuzairi bersama Nurul atas niat untuk membalas dendam kepada Yati iaitu ibu Mia Adriana. Sehinggakan dia bencikan Mia, menantunya sendiri.

Babak pada episod 31 itu menjadi semakin beremosi dan sedih apabila keputusan pernikahan yang diaturkan itu terletak pada tangan Khuzairi. Isterinya, Mia juga nekad untuk berjauhan setelah majlis bernikahan Khuzairi dan Nurul selesai nanti.

7 Hari Mencintaiku 2 merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 dibintangi oleh Siti Saleha dan Shukri Yahaya.

Diadaptasi daripada novel 2018 bertajuk sama karya Siti Rosmizah dan juga merupakan kesinambungan kepada drama 7 Hari Mencintaiku (2016), siri ini memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 pada 2 Julai 2020 menggantikan Nasi Kerabu Untuk Che Abe.

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2

Mia Adriana (Siti Saleha) dan suaminya, Khuzairi (Shukri Yahaya) melayari hidup bahagia setelah berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati (Jasmin Hamid) dan adiknya, Dato’ Johari (Shaharuddin Thamby) kembali dengan dendam mereka.

Hebat Puan Hayati mengatur rancangan sehinggakan Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila (Faye Kusairi) juga tak kurang hebatnya.

Mia hilang hormat pada Pak Samad (Kazar Saisi), seorang lelaki yang dihormatinya selama ini. Mak Leha (Liza Abdullah) mula membenci Mia Adriana.

Badai terus-terusan melanda keluarga Pak Samad. Nadia (Jaja Iliyes) putus tunang dengan Dr. Zaidi (Bil Azali). Manakala, Helmi (Syazwan Zulkifly) pula bercerai dengan Sofi (Wan Sharmila) dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya.

Dalam kemelut badai yang melanda, Nurul Ain (Wafariena Roslan) muncul dalam hidup keluarga Pak Samad. Mak Leha berkenankan gadis ini.

Nurul Ain begitu sempurna di matanya. Helmi pula cuba menyedarkan emaknya akan agenda tersirat Nurul Ain.

Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi.

Namun, Khuzairi tak mampu menggapainya lagi. Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya. Dia merenung suaminya buat terakhir kali.

Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati khuzairi bersama deraian air mata.