[VIDEO] “Buat apa diluar rumah?” Dijerkah Pihak Berkuasa, Budak-budak Bertempiaran Lari

Seluruh rakyat Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Tempoh PKP juga telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Hari demi hari jumlah kes terus meningkat dan ia merupakan sesuatu yang amat membimbangkan pada negara.

Barisan hadapan negara juga dilihat semakin ramai yang dijangkiti wabak ini dan mereka ini sedang berjuang sedaya upaya membantu memulihkan negara ketika ini.

Masih ada yang degil dan keras kepala

Pelbagai sekatan jalan dilakukan ekoran masih terdapat segelintir rakyat yang masih degil dan tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan.

Namun begitu, masih ada segelintir yang tidak menghiraukan amaran dan peraturan yang telah dikeluarkan.

Masih berjogging walaupun diarahkan duduk dirumah

Masih ada yang masih berjogging tanpa menghiraukan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Menerusi facebook seorang pengguna yang bernama Glen Andr, beberapa video dikongsi memaparkan masih ramai yang degil berada diluar rumah.

Dua video telah tular apabila sekumpulan petugas membuat rondaan dan mendapati menerusi video pertama seorang lelaki dikatakan sedang jogging di kawasan perumahan.

Lelaki tersebut telah diberi amaran oleh pihak berkuasa dan kelihatan dia cuba untuk melarikan diri.

Patut kes meningkat, berbuih mulut bagitau

“Masa tempoh PKP ini tidak boleh keluar dari rumah. Masih ada lagi yang jogging. Kalau kena tangkap, denda RM1 000 dan penjara 6 bulan”.

“Patut la kes meningkat, sampai berbuih kita bagitau. Jangan keluar rumah, covid 19 sedang melanda negara kita. Tapi ada lagi yang main-main”.

Buat apa diluar rumah, nak kena denda ke?

Kemudian, video kedua pula memaparkan sekumpulan budak sedang bermain bola di luar rumah dan lari bertempiaran apabila diberi amaran oleh pihak berkuasa.

“Anda dinasihatkan untuk sentiasa berada di rumah. Buat apa diluar rumah?. Kerajan bagi arahan duduk di rumah,  duduk dalam rumah. Nak kena denda ke?”.

“Tuan-tuan dan puan-puan, anda dinasihatkan untuk mematuhi perintah kawalan pergerakan sehingga 14 April”.

Semoga rakyat Malaysia memberikan kerjasama dan mematuh peraturan Perintah Kawalan Pergerakan supaya negara kita bebas dari Wabak Covid-19 ini.