[VIDEO] “Bos mesej 3 pagi pasal kerja,” Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dengan Majikan

Tidak dinafikan, untuk menacri kerja pada masa kini bukan lah satu perkara yang mudah masa kini.

Ada juga yang masih menganggur dan hanya berniaga secara kecil-kecilan oleh kerana Pandemik.

Buat yang bekerja, tidak semua pekerjaan itu senang dan indah belaka. Pasti ada pahit manis yang anda akan lalui ketika bekerja.

Sama juga dengan kisah yang tular di applikasi TikTok baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi pengalaman pahit ketika berdepan dengan majikannya telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi semasa dia bekerja di sebuah syarikat yang tidak diketahui.

Difahamkan, dia menyatakan sewaktu dia sedang bekerja dari rumah, ex-bossnya memberikan tugasan pada pukl 2 hingga 3 pagi menerusi pesanan mesej.

Apa yang lebih menyakitkan hati adalah dia terpaksa melakukan tugas yang bukan di dalam bidang kerjanya.

Dia terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi kebaikan dirinya sendiri

Dalam masa yang samaa, Dia juga memberikan alasannya tersendiri mengapa dia mengambil keputusan tersebut dan menjelaskan beberapa sebab.

Video yang tular di laman TikTok:

@kakodah2.0 #stitch with @KHRL ♬ original sound – KakOdah2.0

Ekoran video yang tular itu, ada segelintir netizen yang ‘berumur’ kurang senang dengan kenyataan wnita ini namun dengan berani wanita ini tampil untuk ‘sekolah’kan mereka sekaligus meminta mereka untuk berpijak di bumi yang nyata.

“tak boleh pergi jauh macam ni. takziah”- netizen

@kakodah2.0 Reply to @khairulnmn ♬ original sound – KakOdah2.0

“sebab tu budak-budak sekarang miskin, lemah dan tidak berdaya saing..pakcik asal orang susah dan reti hidup susah.. alhamdulillah belajar dengan exboss dulu.. sekarang senang”

@kakodah2.0 Reply to @mruh20 ♬ original sound – KakOdah2.0

“Zaman dulu lagi susah, tak ada social media, tak ada kenderaan , kena naik basikal, dalam office tak ada aircond, pekerja melayu kena tindas.. sebab tu gen kami kuat”

@kakodah2.0 Reply to @mruh20 ♬ original sound – KakOdah2.0

“Baguslah exbss kamu mesti happy lepas kamu resign.. hilang sorang pekerja toksik”

@kakodah2.0 Reply to @mruh20 ♬ original sound – KakOdah2.0

Namun pun begitu, rata-rata komen menyokong hujah wanita ini oleh kerana pekerja mempunyai hak untuk bersuara dan memberikan pendapat dan warga netizen menyifatkan zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman dahulu.