[VIDEO] Bersungguh Menangis dan Peluk Ebit Lew, Lelaki Ini Berlari Mohon Ampun Isteri

Ustaz Ebit Lew sememangnya tidak asing lagi dalam memberi ceramah mengenai hubungan kekeluargaan dan keagamaan.

Beliau sering mengadakan seminar yang melibatkan pasangan suami isteri dan hampir setiap kali itu juga akan diakhiri dengan air mata.

Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram, Ustaz Ebit Lew telah memuat naik satu video seorang lelaki yang teresak-esak menangis kerana terkenangkan pengorbanan isteri tercinta.

__________

Terkejut sangat sebak tadi petang saya tanya siapa pernah rasa putus asa dan rasa baik mati jer. Terasa nak mati?

Seorang abang ni,cerita betapa rasa selalu susahkan isteri yang baik. Buat salah padanya. Hilang pekerjaan.

Buntu cari kerja. Saya dekat dan bisik padanya Allah sayang padanya. Dia ada doa Nabi saw. Doa ibubapa dan isteri. Abang tu peluk saya menangis.

Selepas itu abang tu tanpa selipar terus berlari ke tempat isterinya peluk minta maaf. Semua sebak menangis.

Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kaseh pada isterinya membawa beliau ke sini.

MasyaAllah. Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada Allah

Beberapa pasangan nak berpisah hari ini juga bisik pada saya tak jadi nak berpisah. Allahuakbar. Terima kaseh Allah. Dialah Allah Maha Kaya. Maha Kuasa – ebitlew

__________

 

View this post on Instagram

 

Terkejut sangat sebak tadi petang saya tanya siapa pernah rasa putus asa dan rasa baik mati jer. Terasa nak mati? . Seorang abang ni,cerita betapa rasa selalu susahkan isteri yang baik. Buat salah padanya. Hilang pekerjaan. Buntu cari kerja. Saya dekat dan bisik padanya Allah sayang padanya. Dia ada doa Nabi saw. Doa ibubapa dan isteri. Abang tu peluk saya menangis. . Selepas itu abang tu tanpa selipar terus berlari ke tempat isterinya peluk minta maaf. Semua sebak menangis. Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kaseh pada isterinya membawa beliau ke sini. MasyaAllah. Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada Allah . Beberapa pasangan nak berpisah hari ini juga bisik pada saya tak jadi nak berpisah. Allahuakbar. Terima kaseh Allah. Dialah Allah Maha Kaya. Maha Kuasa-ebitlew . Doakan esok Ahad di Kuantan Dewan Jubli Perak 8pg5ptg Minggu Depan Melaka, Kota Bharu, Kota Kinabalu Kuching. Wasap office 0173666848 untuk pendaftaran

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on