[VIDEO] “Berkhemah Sama Si Nopal” Jihan Buat Hal Lagi! Imej Bertudung Tidak Halangnya Buat Parodi Terbaru

Sebelum ini, dunia hiburan kita menerima berita baik dimana artis komedi popular, Jihan Muse tampil dengan imej berhijab.

Foto-foto terbaru yang dimuatnaik di laman Instagram yang menunjukkan penampilan terbaharu pengacara Jihan Muse menarik perhatian netizen.

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Muse, 36, berkongsi beberapa keping foto dia memakai tudung namun tidak dijelaskan mengenai perubahan tersebut.

Rata-rata pengikut di laman sosial memuji kecantikan Jihan memakai tudung dan mendoakan agar pengacara Bintang Minggu Ini untuk terus istiqamah dengan penampilan itu.

“Alhamdulillah. Semoga terus istiqamah. Biar terpaksa membuat sesuatu perkara yang baik tu daripada tidak membuat langsung. Lama-lama yang terpaksa tu yang akan jadi biasa. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Melihat foto-foto yang dimuat naik, Jihan kini sedang menikmati percutian bersama suaminya yang juga pelakon Ungku Hariz dan anak lelaki mereka iaitu Ungku Arsalan Haq.

Dalam pada itu, salah seorang pengikutnya turut memuji Jihan kerana dari dulu jarang mempunyai gosip dan sentiasa dikelilingi dengan orang baik-baik.

Melalui satu video di dalam posting terbaru di Instagram, Jihan Muse tampil dengan imej terbarunya itu dan membuat lawak parodi terhadap sebuah babak daripada animasi Si Nopal.

Si Nopal adalah animasi yang sedang popular dari Indonesia dan animasi itu semakin mendapat tempat dalam kalangan penonton di Malaysia kerana sangat lucu sejak awal tahun ini.

Jom saksikan parodi Berkhemah Bersama Si Nopal daripada Jihan Muse

 

View this post on Instagram

 

#jihanspookyshow 📹 @mirulgeneration

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on