[VIDEO] Berdesup Langgar Van Sampai Terbalik, Pemandu Myvi Cuba Larikan Diri

Satu klip video rakaman kamera perakam video (dashcam) tular semalam di mana sebuah van telah dilanggar oleh Perodua Myvi.

Kalau dilihat menerusi video tersebut, dapat dilihat pemandu Myvi itu memandu dalam keadaan yang berbahaya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, Serdang.

Menerusi video yang berdurasi satu minit itu, menunjukkan sebuah van telah dirempuh oleh sebuah Perodua Myvi yang dipandu laju ketika itu.

Van tersebut ketika itu, berada pada lorong yang betul dan besar kemungkinan pemandu Myvi itu tidak sempat memperlahankan kenderaanya sebelum terjadinya insiden itu.

Lapor Harian Metro, pihak polis sudah menahan seorang lelaki yang dipercayai pemandu kepada kereta Myvi itu. Susulan daripada insiden tersebut, pemandu van itu telah mengalami cederaparah.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, pemandu van tersebut sedang ditempatkan di zon merah Hospital Serdang bagi rawatan selanjutnya.

Jelas Azman, hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan kepada lelaki berkenaan adalah negatifdadah. Pada mulanya, lelaki itu sempat untuk meloloskan diri sebelum ditahan oleh orang awam.

“Pemandu Myvi itu dikatakan cuba melarikan diri dan ditahan orang awam yang kemudian diserahkan kepada polis. Lelaki itu dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) Serdang untuk tindakan susulan.

“Setakat ini, butiran pemandu van itu masih belum diperoleh daripada pihak hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan.”

Pada masa yang sama, pihak polis turut menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki itu yang tidak mempunyai sebarang rekod jenaya.

“Kita akan mohon reman terhadap suspek mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

Video tular myvi langgar van