[VIDEO] Baru Nak ‘Feel’ Main Banjir, Pak Cik Terlungkup Dalam Air Tarik Perhatian Netizen

Seperti yang diketahui umum, kebiasaannya pada penghujung setiap tahun kita akan mengalami musim tengkujuh.

Rakyat diminta berjaga-jaga apabila paras air sudah naik ke tahap bahaya terutama kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir sebelum ini.

Dalam kedukaaan dilanda banjir, pelbagai kerugian harta dicatatkan dan kebanyakan mangsa tidak sempat menyelamatkan barang-barang mereka kerana air naik secara mendadak.

Ada diantara mereka menerimanya dengan hati yang tenang dan terbuka

Mereka juga akan mengalami kesukaran untuk berpindah ke pusat penempatan sementara kerana perlu bergerak menggunakan bot.

Ada diantaranya sudah lali dan menerima musibah ini dengan tenang dan hati yang terbuka.

Gelagat seorang pakcik bermain banjir tarik perhatian netizen

Tidak hairanlah apabila kita lihat sesetengah mangsa banjir di kawasan tertentu masih bergembira bermain air dalam ketika menghadapi musibah.

Begitulah juga dengan gelagat seorang pakcik ketika banjir yang telah tular di media sosial.

Guna tangan sebagai dayung untuk tangki air itu bergerak

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, kelihatan pakcik tersebut sedang duduk di dalam sebuah tangki air.

Kelihatan pakcik itu cuba mengapungkan diri menggunakan tangki tersebut seolah-olah sedang menaiki sampan.

Apa yang menarik, pakcik tersebut mendayung menggunakan tangannya untuk memastikan tangki air itu bergerak.

Tengah mendayung, pakcik tadi jatuh tertelungkup 

Sambil mendayung, secara tiba-tiba pakcik itu hilang keseimbangan sebelum jatuh terbalik ke dalam banjir berkenaan dan gelagatnya sempat dirakam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi lucu dengan aksi yang ditunjukkan pakcik berkenaan.


Netizen minta maaf tak sengaja tergelak

Malah, ada segelintir netizen turut meminta maaf kerana tidak dapat menahan ketawa melihat pakcik tadi jatuh terlangkup bersama tangki airnya.

Rakaman video yang tular di aplikasi TikTok ini telah berjaya meraih lebih dari 161, 000 tontonan setakat ini.

@sopitmalu♬ bunyi asal – ذم هوسقۏرن 🇲🇾

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Semoga mereka yang terjejas teruk akibat dari bencana banjir diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.