Kalau sebut pasal gusti pasti korang terbayang The Rock, Steve Austin, John Cena ataupun Undertaker.

Tapi jangan terkejut sebenarnya negara kita ada ‘Pro Wrestler’ wanita bertudung yang masih muda, baru berumur 19 tahun!

Nordiana ataupun nama di gelanggangnya Nor ‘Phoenix’ Diana sudah 3 tahun berkecimpung dalam arena gusti ini.

Ketika berusia 16 tahun. Nordiana mula bergiat aktif secara profesional dan ianya bermula seawal dirinya berumu 14 tahun.

Ketika itu Nordiana banyak bermain permainan video gusti bersama adiknya, dan dari situ dia mula berminat dengan sukan gusti.

Pada usia 15 tahun, Diana menonton acara WWE secara langsung yang datang ke Kuala Lumpur pada ketika itu.

Kemudian Diana mula menghubungi Persatuan Gusti Malaysia ataupun lebih dikenal sebagai MYPW.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muhammad Faizal Ayob (@fatcatfaizal) on

“Saya segera memutuskan untuk menyertai mereka, untuk berlatih bersama mereka, dan mengikuti impian saya untuk menjadi ahli gusti profesional” katanya kepada Sun Daily.

Menurut Diana lagi, MYPW tidak melayannya berbeza walaupun dia seorang wanita dan bertudung.

Video Nor ‘Phoenix’ Diana Bergusti

Malah layanan sama rata seperti ahli sukan lelaki diberikan kepadanya.

“Saya tidak dilayan secara berbeza hanya kerana saya seorang gadis, atau kerana saya memakai tudung. Saya adalah salah seorang daripada dua  wanita di MYPW, dan kami berlatih dengan lelaki.”

“Jurulatih kami adalah Ayez Shaukat Fonseka. Dia menjadi jurulatih hampir semua bintang gusti kegemaran di Malaysia.”

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi pro wrestler wanita bertudung. Kami doakan Nor Diana berjaya mencapai cita-citanya dan terus berusaha untuk membanggakan nama negara.

 

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.