[VIDEO] Bangun Sebelum Subuh Buat Kuih, Gadis Sempat Urus Gerai Sebelum ke Kelas

Para pelajar pastinya berdepan dengan cabaran berbeza dalam menghadapi tahun 2020 khususnya selepas pandemik Covid-19 melanda dunia.

Kini, pembelajaran terpaksa dilakukan secara dalam talian sepenuhnya dan ada dalam kalangan mereka perlu membahagikan masa demi mencari wang sampingan dan membantu keluarga.

Sama seperti kisah melibatkan Ummi Nur Insyirah Umiruddin, 20, yang cekal menguruskan sebuah gerai sarapan pagi di Teluk Intan, Perak dan meneruskan pengajian dalam masa yang sama.

Bangun 5 pagi buat kuih

Menerusi laporan mStar, Ummi bangkit seawal jam 5 pagi dan akan menghasilkan kuih dibantu kedua ibu bapanya sebelum membuka gerai pada pukul 6.30 pagi.

Pada jam10 pagi pula, dia akan menutup gerai dan pulang ke rumah sebelum mempersiapkan diri bagi mengikuti pengajian dalam talian pula.

“Sebelum ini kakak saya yang uruskan gerai, sekarang dia tak larat sebab tengah hamil. Jadi saya yang uruskan gerai.

“Saya bangun 5 pagi untuk buat donat dan kuih Malaysia. Mak akan buat kuih-muih lain dan ayah masak mi serta mihun.

“Selepas itu saya yang akan uruskan gerai dan tutup sebelum 10 pagi untuk ikuti kelas online pula,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

Kesayangan❤️

A post shared by 💐CIAH (@umynrinsyrh) on

Cabaran baru

Ummi yang menuntut dalam bidang Penulisan Skrip di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Perdana menganggap rutin harian ini sebagai satu cabaran baharu buatnya.

Jelas Ummi, dia tidak kisah membantu keluarga, malah wang yang dikumpul boleh digunakan untuk keperluan penting pada masa akan datang.

Kumpul duit sebelum internship

“Sekarang baru mula semester baharu, semester terakhir. Jadi bolehlah saya kumpul duit sikit sebelum internship nanti.

“Saya OK je, famili pun OK. Saya dah start tolong berniaga sejak Jun lau. Pada masa sama ada kelas juga.

“Teruskan je, kena berkorban cara macam ni,” ujarnya yang menetap sekitar 50 meter dari gerai jualan yang turut popular dengan menu nasi lemak.

Malah katanya, ramai pelajar lain turut berkongsi nasib serupa menerusi ruangan komen.

“Bukan saya seorang je macam ni. Tengok komen, ramai yang senasib… ada yang buat GrabFood dan sebagainya.

“Saya rasa terharu dengan sokongan mereka di TikTok. Kalau tengok di media sosial, ramai kata pelajar zaman sekarang terlalu manja.

“Sebenarnya ramai yang struggle cari duit. Kami belajar online, nak bayar internet lagi. Tak boleh harap duit mak ayah semata-mata.

“Ada hikmahnya. Macam saya, hikmah tak dapat balik kolej, boleh bantu keluarga berniaga,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Video yang dimuatnaik itu mendapat tontonan yang tinggi di laman Instagram.

Rata-rata netizen memuji sifat baik yang ditonjolkan yang boleh menjadi inspirasi buat anak muda di luar sana.