[VIDEO] “Badan Basah Tak Apa, Janji Kuih Tak Basah” Adik Affendi Naik Basikal Jual Kuih

Dalam mencari rezeki yang halal, sememangnya ada pelbagai cara yang boleh dilakukan. Tidak kira lah walau apa cara sekalipun asalkan ianya tidak bertentangan dengan syariat.

Di dalam satu perkongsian di Facebook yang dibuat oleh FS Channel, mereka telah berjumpa dengan seorang remaja lelaki yang mengayuh basikal sekeliling kawasan perumahan dengan menjual kuih.

Menurut remaja tersebut yang dikenal sebagai Affendi, kuih yang dijualnya adalah hasil buatan ibunya sendiri.

FS Channel yang telah menumubual pelajar tingkatan empat itu membuatkan netizen hiba kerana dia berusaha keras menjual kuih-muih demi membantu ekonomi keluarga.

Affendi memberitahu dia hanya mengambil upah RM3 dari ibunya dengan menjaja kuih menaiki basikal bermula selepas dia pulang dari sekolah.

Malah, Affendi berkata dia tetap akan berniaga dalam apa jua keadaan sekalipun walau ketika itu hari hujan dan terpaksa basah lencun.

Menurutnya, biar badannya basah janji kuih-muih jualannya tak basah.

Di akhir video, FS Channel telah menawarkan untuk membeli kesemua kuih-muih Affendi dan diedarkan percuma kepada penduduk disekitar kawasan tersebut.

Jika anda mahu membuat tempahan kuih di kawasan Pandamaran, boleh hubungi ibu Affendi di talian 016-2775894 (Ibu – Zalela)