[VIDEO] “Jom geng.. Al-Kahfi kasi on!” Bacaan Alif Satar Dipuji Merdu

Pada hari Jumaat, kita digalakkan melakukan pelbagai amalan sunat seperti memotong kuku, bersedekah ataupun membaca surah al-Kahfi.

Membaca surah al-Kahfi menjadi pilihan ramai kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.

Merdu suara Alif Satar baca surah al-Kahfi

Begitu juga dengan seorang selebriti Alif Satar yang turut membaca surah ke-18 dalam kitab suci al-Quran itu.

Pengacara kegemaran ramai ini telah memuat naik sebuah video di laman Instagram sebelum ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Semua jemaah patuh penjarakkan sosial 

Selain itu, beliau turut mengajak semua pengikutnya menunaikan solat Jumaat di masjid berjemaah.

Menerusi perkongsian di IG story, Alif turut memuat naik suasana di dalam masjid ketika menunaikan solat Jumaat di masjid Wilayah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Alhamdulillah, dapat solat jumaat pada hari ini 

Malah, menerusi perkongsian tersebut beliau turut memberitahu mengenai status masjid yang sudah dibuka untuk menunaikan solat Jumaat.

Jelas kelihatan setiap jemaah mengamalkan penjarakkan sosial yang telah disarankan oleh kerajaan.

Tempat terhad kepada 1000 jemaah 

“Alhamdullillah, dapat solat jumaat hari ini. Masjid Wilah sudah dibuka untuk solat jumaat” tulis beliau.

“Tempat ada terhad untuk 1000 jemaah sahaja. Kalau nak datang solat jumaat pada minggu hadapan, datang awal pukul 11.30, pintu pagar telah dibuka”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Terdahulu, gambar Alif Satar telah tular apabila beliau sering muncul ketika siaran langsung ketika solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Semoga perkongsian ini mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada kita semua.