[VIDEO] “Ayah pegang tangan mak sampai akhir hayat” Sebak Nukilan Anak Betapa Sayang Ayahnya Pada Mak

Satu kisah menyentuh hati yang dikongsikan ini menggambarkan betapa besarnya sayang dan cinta seorang suami buat si isteri sehingga ke akhir hayat.

Menerusi satu posting pengguna Facebook yang bernama NurHafizah Rozi, beliau berkongsi kisah ibu dan ayahnya yang menyentuh hati sehingga mendapat ribuan perkongsian.

Bertapa ayah cintakan mak

“Orang lain tak melihat tapi aku yang menyaksikan bertapa dia cintakan isteri dia”.

“Ya memang kami adik beradik yang jaga Mak tapi kami takkan lupa pada Ayah yang slalu ambil berat pasal Mak”.

Makan pakai mak ayah yang sediakan

“Walupun dia sibuk kerja kalau dia ada masa dia yang akan uruskan Mak. Makan pakai Mak dia yang siapkan”.

“Macam mana Mak menjaga Ayah selama Mak sihat macam tu laa Ayah jaga Mak masa Mak sakit”.

“Sungguh dia terlalu sayangkan isteri dia walaupun isteri dia dah tak sempurna dia tetap sayang jaga dan ambil berat”.

“Tak peduli pun apa orang kata pasal dia sebab dia tahu siapa yang ada ketika susah dan senang”.

Ayah masih cium mak walaupun mereka dah tua

“Tiap kali pegi kerja mesti tanya Mak nak makan apa, cium pipi Mak smpai Mak malu dah tua2 pun nk manja-manja lagi”.

“Tapi dia  tak pernah peduli sebab itu cara dia tunjukkan kasih sayang pada isteri dia”.

“Mungkin orang melihat aku orang pertama yang sedih bila Mak dah takde tapi mereka lupa pada suami yang bersama dia lebih 35 tahun susah dan senang”.

Pertama kali nampak ayah menangis kerana Mak

“Membesarkan 11 orang anak, aku tak pernah melihat dia menangis tapi haritu pertama kali dalam hidup aku,aku melihat dia menangis teresak-esak kerana Mak”.

“Dia bacakan yassin dia yang ajar Mak mengucap dia pegang tangan isteri dia smpai akhir hayat”.

“Masa dalam van jenazah pun mcam tu dia peluk je keranda Mak  tak lepas sambil bacakan yassin untuk Mak”.

Nanti kebumikan ayah sebelah mak

“Lepas Mak dikebumikan Ayah pesan pada kami adik beradik, nanti bila Ayah dah takde kebumikan Ayah sebelah Mak ,Ayah nak duduk dekat dengan Mak”.

“Sungguh kasih seorang suami pada isteri dari isteri dia sihat sakit smpailah isteri dia dah takde tetap dia sayang. Semoga Syurga menyatukan kalian kembali, Amin”.

“Mak turut berpesan, bila sayangkan seseorang sayanglah dengan sepenuh hati terimalah sdikit keburukkan dia kerana seribu kebaikkan yang pernah dia lakukan”.

Terima kasih kerana menjadi isteri dan mak terbaik untuk kami

“Jangan salah faham Cikjah bukan nk menagih simpati Cikjah cuma nak menceritakan apa yang orang tak nampak tapi kami adik bradik nampak kasih sayang mereka selama ini”.

“Doa Suami serta anak-anak sentiasa ada untuk Mak, terima kasih kerana menjadi Isteri serta Mak yang terbaik untuk kami”tulisnya.

Betapa besar kasih sayang antara suami dan isteri. Sebak mendengar nukilan seorang anak yang menggambarkan betapa besar nilai kasih sayang ayah dan ibunya.

Diharap kisah ini menjadi pengajaran dan teladan semua dan sayangilah pasangan anda ketika masih ada masa untuk bersama.

Semoga keluarga ini tabah dan sabar dengan kehilangan ahli keluarga tersayang terutama menjelang Ramadhan ini.