[VIDEO] “Antara Tok Kadi paling cool” Lebih 140K Views, Video Tok Kadi Sempoi Tular

Bagi setiap pasangan pengantin, sudah tentu saat diijabkabulkan adalah peristiwa yang sangat penting dan mendebarkan.

Masa inilah bermulanya satu perjalanan kehidupan baru dan tanggungjawab yang bakal dipikul.

Ianya pasti menjadi momen paling istimewa buat pasangan pengantin dan keluarga mereka.

Lebih-lebih lagi buat pengantin lelaki yang ‘terpaksa’ berhadapan dengan Tok Kadi semasa akad nikah.

Kalau nasib tak baik, dapat soalan cepu emas boleh berpeluh dibuatnya.

Namun begitu, menerusi satu perkongsian di laman Twitter, satu video telah menjadi tular apabila aksi bersahaja daripada Tok Kadi yang menambat hati netizen.

Perkongsian video oleh Awantona memaparkan momen manis yang dirakamkan saat pasangan pengantin ini diijabkabulkan.

Apa yang menariknya adalah tok kadi (jurunikah) yang cukup sempoi bergurau senda dengan pengantin lelaki.

“Antara Tok Kadi cool yang kami pernah lihat, confirm ramai bakal pengantin nak yang macam ni”

Walaupun video berkenaan hanya berdurasi dua minit 4 saat, ia telah meraih perhatian ramai dengan lebih 146,000 tontonan, 11,400 retweets dan 9,800 likes.

Rata-rata netizen memuji tok kadi itu dan meninggalkan komen.

“Orang joho memang peramah… sporting.. kelako..”

“Pengantin pun boleh main2 akad nikah hahahahaha boeklah tok kadi punya skill taknak kasi orang nervous”

“dah betul dah, cuma belum sah lagi” hahahhaha that ‘aduh’ tu”

“Nk tok kadi cm nie bleh buat smbng2”

“orang Johor memang banyak yang kelakor rupanya. bukan Sepahtu je. Tok Kadi pun kelakor”

“ustaz subuh ni..emang sempoi”