[VIDEO] Angkara Covid-19, Anggota Polis Terpaksa Nikah Online Sendirian Dalam Wad

Negara masih belum pulih sepenuhnya dari wabak Covid-19 walaupun kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Walaupun banyak peraturan telah dilonggarkan termasuk urusan nikah dan kahwin, para pengantin dinasihatkan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelak sebarang penularan Covid-19.

Menjadi pesakit positif Covid-19 merupakan satu cabaran yang perlu ditempuh oleh mereka.

Nikah online seorang diri

Pesakit perlu dikuarantin dan ditempatkan berasingan sedikit sebanyak menyukarkan tugas penting yang telah dirancangkan.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Friends of PDRM, satu video telah tular apabila seorang pesakit covid-19 melangsungkan majlis pernikahan seorang diri di hospital.

Seorang anggota polis dikuarantin kerana positif Covid-19

Seorang anggota polis dikenali sebagai Koperal Muhammad Ayraf telah melangsungkan pernikahan secara online apabila terpaksa dikuarantin kerana positif Covid-19.

Pengantin Covid 19

“Tahniah dan selamat pengantin baru Kpl Muhammad Ayraf yang baru sahaja bernikah walaupun sedang kuarantin di Hospital kerana dilaporkan positif covid 19”.

Video berkenaan memaparkan Koperal Muhammad Ayraf sedang berkomunikasi ketika melangsungkan pernikahannya menarik perhatian ramai.

Selamat pengantin baru

Selain itu menerusi kapsyen yang ditulis, pihak Friends Of PDRM turut mendoakan agar anggota polis itu cepat sembuh dan discaj keluar dari hospital.

Menjenguk ke ruangan komen video berkenaan,  rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan tahniah diatas pernikahan tersebut.

Netizen juga berharap agar Koperal Muhammad Asyraf cepat bebas daripada Covid-19 dan dapat bertemu dengan isterinya.