“Kehadiran jemaah masjid kurang memberangsangkan” Dr. Zulkifli Minta Jemaah Imarahkan Masjid

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberitahu kehadiran jemaah di masjid Wilayah Persekutuan Putrajaya yang kurang memberansangkan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Dr. Zulkifli menyatakan di mana masjid dan surau di zon hijau dan kuning di WP mula dibuka dengan had kapasiti satu pertiga (1/3) daripada jumlah had kapasiti dewan solat utama.

“Saya dimaklumkan sebentar tadi oleh Ustaz Hamdan, salah seorang imam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya bahawa kehadiran jemaah masjid kurang memberangsangkan.

“Bermula semalam, masjid, surau Jumaat dan surau di zon hijau serta zon kuning di WP mula dibuka dengan had kapasiti satu pertiga (1/3) daripada jumlah had kapasiti dewan solat utama.

“Jemput kita imarahkan semula masjid, surau Jumaat dan surau dalam WP bagi yang berhampiran, pastikan patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di halaman Facebook, hari ini.

Ikuti sidang media 100 Hari JPM (Hal Ehwal Agama) yang bakal berlangsung di Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada pukul 1.30 tengah hari ini.