[VIDEO] “Anak saya sapa nak bela” Jual Buah Dalam Kawasan Rumah, Pakcik Berang Tindakan Pihak Berkuasa

Perintah Kawalan yang berlangsung sejak 18 Mac 2020 telah memperlihat sebahagian besar rakyat Malaysia yang terkesan dengan pelaksaannya. Tidak dapat bekerja malah ada segelintirnya telah diberhentikan kerja ekoran ataupun diberikan cuti tanpa gaji. Peniaga-peniaga kecil antara golongan yang begitu terkesan sepanjang tempoh PKP ini berlansung. Segala wang perbelanjaan keluarga dan juga pencarian rezeki bergantung atas [...]

Sejak 18 Mac 2020, Perintah Kawalan Pergerakan telah memperlihat sebahagian besar rakyat Malaysia yang terkesan dengan pelaksanaannya.

Tidak dapat bekerja malah ada segelintir telah diberhentikan kerja ekoran ataupun diberikan cuti tanpa gaji.

Peniaga-peniaga kecil adalah di aantara golongan yang begitu terkesan sepanjang tempoh PKP ini berlansung.

Segala wang perbelanjaan keluarga dan juga pencarian rezeki bergantung atas perniagaan kecil yang dijalankan.

“Kalau tak meniaga nak makan apa…”

Sejak semalam, tular di Facebook sebuah video yang memaparkan peniaga buah tembikai yang berang dengan pihak berkuasa tempatan yang dikatakan mahu sita gerainya itu.

Orang Peghelih naik angin

Sungguh jugak kalau tak meniaga nak makan apa..
Anak saya sapa nak bela.
Kalau nak sita..sita semua sekali
Hari tu awat kata boleh ni tak boleh pasai apa?
Hang pa kerja kerajaan tak pa la ada gaji.
Meniaga tanah sendiri takkan tak boleh.
Orang mai beli balik.. mai beli balik.
Orang lain meniaga boleh…

Lebih membuat peniaga berkenaan marah, dia hanya menjalankan perniagaannya di dalam kawasan rumahnya sahaja dan bukannya tepi jalan.

Kejadian ini dikatakan telah berlaku di sekitar Perlis.

“Betullah tu, kalau tak meniaga apa nak makan…”

Menerusi video terbabit, pakcik berkenaan ada menyatakan bahawa perniagaan kecilnya itu merupakan punca rezeki buat dirinya sekeluarga.

Kalau tak berniaga buah, mereka tidak mempunyai wang perbelanjaan untuk mengharungi musim PKP.

Dalam ruangan komen, hangat diperbincangkan ramai mengenai situasi yang dihadapi oleh pakcik berkenaan.

Malah, ada netizen yang menyokong kenyataannya yang sememangnya sedang dihadapi oleh para peniaga kecil-kecilan ketika ini.

semoga isu ini dapat pertimbangan dari pihak berkuasa agar tiada pihak yang tersepit di dalam musim penularan wabak COVID-19 ini.