[VIDEO] Anak Disahkan Positif Tapi Tidak Bergejala, Wanita Rayu Orang Kampung Jangan Bimbang

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang pengguna bernama Azlina Mohd Noor yang menceritakan perkara sebenar apabila salah seorang ahli keluarganya disahkan Positif Covid-19.

Wanita ini menceritakan kisah sebenar yang berlaku dalam keluarga mereka berhubungan kes berkenaan.

Jelaskan keadaan sebenar 

Salah faham dikalangan penduduk kampung

“Tujuan posting saya kali ini adalah bagi menjelaskan keadaan semasa keluarga kami yang mana mungkin ada terdapat salah faham dalam kalangan penduduk kampung”.

“Pada mulanya agak berat untuk saya memberitahu secara umum atas beberapa faktor,  akan tetapi, saya terpaksa juga memuat naik posting ini supaya penduduk kampung tenang dan lega dengan penjelasan saya”.

“Allah sebaik-baik perancang, kami redha dengan ketentuanNya. Ini kronologi kes yang berlaku”.

Anak buah disahkan positif

“13/6 : Pihak KKM menghubungi kak ipar iaitu ibu kepada Puteri Uzma (positif covid19) pada masa lebih kurang jam 12 tengah hari memaklumkan bahawa keputusan saringan anak buah kami adalah positif”.

“Untuk makluman, saringan yang di buat pada 3 hari sebelum adalah bertujuan untuk kegunaan kemasukkan semula ke Mahad Tahfiz”.

Anak buah diletakkan dibawah golongan tidak bergejala

“Seperti yang anda sedia maklum di sidang media Dato NorHisham mahupon melalui akhbar online, anak buah kami di letakkan dibawah golongan yang tidak bergejala”.

“Ini bermakna, tiada sintom yang ditunjukkan beliau mahupon sesiapa di dalam rumah kami sepanjang PKP dikuatkuasa”.

Pegawai KKM sanitasi kediaman kami

“Setelah keputusan diperoleh, pihak KKM meminta Puteri untuk bersiap sedia untuk di bawa ke Hospital Ipoh bagi tujuan pemantauan kesihatan beliau”.

“Manakala kami di rumah di minta untuk berada di rumah dan beberapa Pegawai KKM masuk ke dalam rumah dengan kelengkapan PPE bagi sanitasi kediaman kami”.

Kami diminta membuat saringan di Klinik Kesihatan Teluk Intan

“Semasa proses sanitasi, Pegawai KKM menemuramah setiap dari kami bagi mengenalpasti punca jangkitan virus ini”.

“Kami di minta untuk membuat saringan di Klinik Kesihatan Teluk Intan pada keesokkan harinya”.

Tiada seorang pun ahli keluarga terlepas dari membuat saringan

“14/6 : Pihak KKM (1 ambulans, 1 van , 1 kereta) tiba di hadapan rumah pada jam lebih kurang 8.30 pagi”

“Ambulans – untuk membawa dan menghantar ibu mertua saya (stroke) iaitu nenek kepada Puteri Uzma”

“Van – Membawa 1 keluarga Kakak Ipar saya di sebelah rumah”.

“Kereta – Pegawai KKM”

“Kesemua mereka di bawa ke Klinik Kesihatan Teluk Intan bagi tujuan saringan. Tiada seorang pon yang terlepas ya untuk proses ini”.

2 Ahli keluarga dibawa ke Pusat Kuarantin Ipoh

“Pada 12.00 pm, pihak KKM sekali lagi datang ke rumah kami untuk memaklumkan bahawa 2 keluarga abang Ipar saya (yang bersama kami sejak Jumaat) akan di bawa ke Pusat Kuarantin di Ipoh bagi tujuan pengasingan”.

“Walaupun rumah besar, akan tetapi pihak KKM khuatir sekiranya kami tidak dapat mematuhi SOP yang ditetapkan”.

“Alasan lain juga adalah kerana mereka baru bermalam semalaman di rumah (masih contact rapat pada Puteri sebab dah jumpa)”.

“Mereka semua di minta untuk bersiap sedia untuk di bawa pada jam 2.30 petang”.

Keputusan saringan akan keluar esok

“Pada 2.30 pm, keadaan makin panik bagi penduduk kampung apabila 1 bas dan beberapa anggota polis, Jpam, Atm dan lain² berada di jalan besar nak masuk lorong ke rumah kami”.

“Saya faham anda panik, tapi ingin saya maklumkan bahawa setiap dari mereka yang menaikki bas tersebut telah di saring pagi tadi dan keputusan kami semua insya Allah akan keluar esok (paling awal) atau 3hari lagi (paling lewat)”.

Tiada arahan memasang pagar besi

“Selain daripada 2 keluarga abang ipar, terdapat 1 lagi keluarga iaitu anak buah kami yang sama situasi seperti yang lain tetapi menetap di rumah berlainan (rumah kakak ipar di lorong lain)”.

“Setakat ini, tiada arahan untuk memasang pagar besi, tiada arahan untuk lockdown kampung kami”.

“Saya mewakili ahli keluarga memohon maaf kerana membuat penduduk kampung berasa panik dengan situasi yang dilihat secara mengejut”.

5 buah rumah di kuarantin di Sungai Manila

“Sejujurnya, kami sebagai ahli keluarga juga tidak menyangka dengan ujian ini
Sebaik berita di terima, kami redha dan akur”.

“Kami tidak lari ke mana, kami menurut arahan dari pihak berkuasa dan setakat ini, 5 buah rumah di kuarantin di Sungai Manila:

1. Rumah Ustazah Zarina (kakak ipar -bawah rumah)
2. Rumah Mohd Razif (suami)
3. Rumah Kang Dollah (biras sebelah rumah)
4. Rumah Imam Mawardi (biras)
5. Rumah Mahpot (Abang Ipar)

Doakan keputusan kami negatif

“Bagi yang mungkin tertanya status anda yang berjumpa dengan kami suami isteri, buat masa ini kami mohon anda bertenang dan doakan keputusan kami serta yang lain negatif”.

“Kami akan maklumkan dari masa ke semasa dan doakan kami 5 keluarga ini ya”.

Semoga orang ramai tidak panik dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Moga keluarga ini sabar dengan dugaan yang menimpa.