“Bila mahu belanja saya makan nasi beriani kambing.” Sugu Pavithra Sidang Video Dengan PM

Memetik laporan bernama, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini berinteraksi dengan penerima-penerima bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada hari ini.

Gambaran manfaat yang diperoleh daripada bantuan tersebut

Penerima bantuan berpeluang berbual melalui sidang video bagi mendapatkan gambaran manfaat yang diperoleh daripada bantuan tersebut.

Difahamkan, sidang itu berlangsung ketika Muhyiddin melawat Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di Kementerian Kewangan di sini.

Penerima turut berterima kasih kerana terpilih

Ia bertujuan bagi meninjau operasi serta status pelaksanaan langkah-langkah di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, PRIHATIN dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang jumlah keseluruhannya RM295 bilion.

Penerima-penerima yang dihubungkan melalui sidang video itu mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan Malaysia atas bantuan yang disalurkan itu.

Pasangan Sugu Pavithra berpeluang sidang video dengan PM

Lebih menarik perhatian apabila pasangan Sugu Pavithra menjadi salah seorang penerima yang diberi peluang bersidang video dengan Perdana Menteri.

Pasangan Youtuber ini turut menerima sumbangan barang keperluan daripada perdana menteri yang membolehkan mereka meneruskan minat memasak.

“Bila mahu belanja saya makan nasi beriani kambing”

Apa yang mencuti hati apabila Tan Sri Muhyiddin sempat mengusik M. Sugu, 29 dan isterinya S. Pavithra, 28, dengan bertanya : “Bila mahu belanja saya makan nasi beriani kambing” lapor Bernama.

Pasangan ini yang juga merupakan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN)turut berkata, bantuan itu meringankan beban mereka terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berhasrat membuka restoran sendiri

Sugu Pavithra merupakan pasangan Youtuber yang berasal dari Sungai Siput, Perak, pasangan itu berhasrat membuka restoran sendiri.

Menjengah ke saluran YouTube Sugu-Pavithra, kini mereka mempunyai lebih 600,000 pengikut.


Semoga pasangan ini terus melakar kejayaan selepas berjaya menjadi perhatian ramai dengan keunikan video masakan India namun fasih berbahasa melayu ini.