[VIDEO] “Allahu..sikit je lg nak jatuh” Kucing Comel Jadi hero Selamatkan Baby Dari Jatuh Tangga

Walaupun kucing hanyalah sebagai haiwan peliharaan, namun haiwan manja ini sering mendapat perhatian dalam kalangan manusia. Apa tidaknya, kucing peliharaan yang seperti mempunyai emosi dan kerohanian yang sering dipancarkan kepada manusia. Disebabkan itu, tidak hairanlah terdapat segelintir pencinta kucing yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk haiwan perliharaan itu. Kadangkala, kucing juga boleh menyelamatkan nyawa [...]

Selalu kita dengar kucing sebenarnya faham arahan manusia, tetapi sengaja buat-buat tak faham.

Ada yang mengatakan kucing suka dimanja dan dilayan seperti raja. Tidak seperti anjing yang senang faham arahan dan membantu kehidupan seharian.

Namun begitu, sebenarnya kucing juga punya perasaan dan mampu membantu manusia di dalam kesusahan.

Menerusi satu video yang tular, seekor kucing dilihat berjaya menghalang seorang bayi daripada merangkak berhampiran tangga dan hampir terjatuh ke bawah.

Di dalam rakaman tersebut, bayi itu dilihat sedang merangkak menuju ke tangga dan boleh menyebabkan ia jatuh.

Sedar dengan pergerakan bayi tersebut yang boleh mengundang padah, secara tiba-tiba kucing peliharaan itu berlari untuk mendapatkan bayi berkenaan.

Kucing tersebut dilihat seperti menghalang dan menolak bayi tersebt ke belaknag bagi mengelakkannya jatuh di tangga.

Ternyata dengan kehadiran kucing tersebut, bayi itu terpaksa berpatah balik dan terselamat daripada risiko terjatuh tangga.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Ada yang memuji tindakan kucing tersebut yang dilihat ‘bijak’ membuat keputusan menghalang bayi itu.

Tetapi ada juga yang mengatakan sebenarnya ianya kebetulan di mana kucing tersebut hanya mahu bermain dengan bayi itu.

Apakah pandangan anda setelah menonton video ini?