[VIDEO] “Allah terlalu sayangkan Ibu” Shuib Terharu Solat Jenazah Ghaib di Mekah

Berjuta rakyat Malaysia luluh dengan pemergian Almarhummah Siti Sarah. Doa juga tidak pernah putus untuknya sejak dia dikhabarkan dijangkiti virus Coivd-19 sehingga meninggal dunia.

Limpahan doa dari seluruh rakyat Malaysia, bacaan tahlil dan solat hajat demi Siti Sarah menjentik perasaan suami Allahyarham iaitu Shuib yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memudahkan perjalanan terakhir isteri yang disifatkan sebagai bidadarinya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Ternyata Allahyarham Siti Sarah memiliki keistimewaan yang tidak dapat dirungkai oleh mana-mana pihak termausklah suaminya sendiri. Begitu banyak amalnya di dunia yang membuatkan Shuib juga turut tertanya- tanya sehingga ramai yang mendoakan isterinya.

‘Allah Terlalu Sayangkan Ibu’

Tidak dapat digambarkan kesyukuran dan kegembiraan hati seorang suami apabila dia dikirimkan video solat jenazah ghaib dari pihak Mekah yang dilangsungkan di tanah suci Masjidil Haram buat isterinya.

Dikhabarkan juga, terdapat individu yang mnetap di sana telah meminta imam masjid berkenaan untuk mengadakan solat berkenaan yang dihadiri seramai lebih kurang 300 orang.

“Allahuakbar,ALLAH MAHA BESAR”

“Dpt kiriman video solat ghaib jenazah dlm MASJIDIL HARAM ALLAH TERLALU SAYANG U IBU,BERGEMBIRALAH DISYURGA BIDADARI KU SITI SARAH” tulis shuib di akaun Instagram dan twitter miliknya.

Perkongsian Shuib itu telah mendapat 11,520 komen ketika berita ini ditulis termasuk dalam kalangan anak-anak seni tanah air dan para agamawan.

Rata-rata menyifatkan Allah amat menyayangi Siti Sarah dan masing-masing mencemburui pengakhiran Allahyarham yang sangat baik dan amat dipermudahkan.

Baru- baru ini Shuib ada berkongsikan keadaan jenazah Allahyarham isterinya yang sangat bersih, laluan semasa proses dimasukkan ke dalam liang lahad juga sangat mudah dan jasadnya sangat ringan.

Bergembiralah Ibu Di Syurga, Sayang

Setelah mendapat perkhabaran tersebut Shuib tidak henti melafazakn kata syukur kepada Allah ketika sesi bacaan Tahlil buat isterinya ‘Live meeting’ bersama rakan-rakan dan keluarga terdekat.

“Allahuakbar, untungnya ibu Ya Allah. Sayang rezeki you sayang.”

Keadaan Shuib kini masih kuat demi anak-anaknya. Dialah bapa dan dialah ibu kepada keempat-empat anak mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)