[VIDEO] “Alhamdulillah it’s a Boy,” Siti Nurhaliza Dedah Nama Anak Kedua

Ura-ura tentang Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru-baru ini dikatakan sedang mengandung hangat diperkatakan sejak awal Oktober lalu akhirnya terjawab apabila pada 12 Disember, Siti atau mesra disapa Tok Ti mengesahkan bahawa dirinya kini hamil anak kedua.

Menerusi sebuah portal hiburan online, Tok Ti mengakui beliau berbesar hati sekiranya memperoleh anak sepasang, namun, beliau sentiasa bersyukur dalam menerima apa sahaja jantina bayi itu nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Turut bersama suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa menerusi satu program siaran langsung, Datuk K turut mendedahkan nama anak keduanya akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya dengan huruf A.

“Semua anak lelaki bermula dengan Muhammad dan nama seterusnya bermula dengan huruf A. Apa-apa pun saya bersyukur dengan anugerah terindah ini,

“Alhamdulillah, moga sihat, sempurna dan menjadi anak soleh. Allah kurnia sepasang yang sangat bermakna. Doakan saya sepanjang kehamilan hingga saat melahirkan nanti.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Terdahulu Siti mengumumkan berita gembira itu pada sesi sidang media virtual TwoGether Launching Live Streaming.

“Alhamdulillah, pada hari ini, saya ingin berkongsi berita baik iaitu saya sedang melalui proses kehamilan.

“Saya tahu ramai yang sudah dapat mengagak. Terima kasih kerana mendoakan,” katanya dalam nada teruja.

Berkongsi fasa kehamilannya, penyanyi Aku Bidadari Syurgamu ini mengaku lebih selesa berehat di rumah menjaga kesihatan diri dan kandungan.

“Saya memang mendiamkan diri di rumah. Cuaca dan keadaan sekarang membuatkan saya selesa duduk di rumah.

“Doakan semoga saya diberi kesihatan dan dapat melahirkan zuriat yang sihat dan sempurna.

“Lelaki atau perempuan, saya tidak kisah. Tetapi kalau dapat anak lelaki memang seronok kerana nanti anak kami sepasang,” katanya.

Sementara itu, suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa bersyukur isteri tersayang hamil.

“Saya bersyukur kepada Allah dan sangat gembira kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata.

“Kandungan Siti kini empat bulan,” katanya yang menemani Siti pada sidang media virtual itu.