[VIDEO] “Aku janda sebulan terus dia lamar,” Digantung Tak Bertali, Sebulan Berpisah Terus Dilamar Duda

Melangkah ke alam perkahwinan pastinya suatu pengalaman yang berharga buat semua yang melaluinya.

Namun begitu, ada segelintir yang mengharungi pengalaman pahit dalam mempertahankan rumahtangga yang dibina.

Pelbagai kisah rumah tangga turut dikongsikan di media sosial sebagai panduan dan pengajaran kepada kita semua.

Peluang kedua buat permulaan kehidupan yang lebih baik

Sekali anda pernah gagal dalam perkahwinan tidak bererti anda akan gagal dalam kehidupan.

Sebenarnya, ia adalah peluang kedua dan permulaan bagi membina kehidupan yang lebih baik orang lain.

Seperti kisah seorang wanita yang pernah melalui episod hitam dalam rumah tangga apabila dia digantung tidak bertali.

Setahun gantung tak bertali oleh bekas suami

Menerusi aplikasi Tik Tok, Nurul Fazliana dalam perkongsian video dia pernah mengalami episod hitam apabila digantung tak bertali selama setahun oleh bekas suami.

Difahamkan, sepanjang tempoh setahun itu sudah beberapa kali dirinya turun naik mahkamah bagi menyelesaikan urusan perpisahan seorang diri secara tuntutan fasakh.

@nurulfazliana7172Ya doakn mana2 perempuan yg digantung xbertali supaya dipermudahkan segala urusan, ketahuilah bahawa kita juga layak bahagia, peluang ke2 pasti ada💋♬ Baik Baik Sayang cover – MSH Edits🎧❤️

Kini bahagia dilamar duda anak 2

Berbicara mengenai pengalamannya, ibu kepada 3 orang anak itu bersyukur apabila ada lelaki baru yang sudi menerima kembali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Fazliana Saffain (@fazliana_saffain) on

“4 tahun dia menduda, aku janda sebulan je terus dia lamar. Setahun tunggu settle proses mahkamah puas tunggu Alhamdulillah bahagia itu milik kita”

@nurulfazliana71724tahun dia menduda, aku janda sebulan je terus dia lamar😛setahun tunggu settle proses mahkamah puas tunggu Alhamdulillah bahagia itu milik kita😘 ##2y♬ Kau Satu-Satunya – Ukays

Setelah selesai proses perpisahan, dia terus dilamar oleh duda anak 2. Kini selepas 2 tahun bersama, suami isteri tersebut bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama anak-anak.

@nurulfazliana7172Bersyukur dgn ujian masalalu yg jadikan kita manusia tabah dan kuat🤲🏻 tq mana yang doakan yg baik2 untuk kami, moga doa tu berbalik pd awk smua💞♬ Hentian Ini – XPDC

Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang berkongsi kisah dan pengalaman pahit yang mereka lalui dalam perkahwinan.

 

View this post on Instagram

 

💛NVX Terengganu

A post shared by Nurul Fazliana Saffain (@fazliana_saffain) on

Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan contoh teladan bagi kita semua. Diharap sesiapa diluar sana yang mempunyai masalah rumahtangga dapat berhubung dengan pihak yang dapat membantu anda keluar dari kemelut masalah tersebut.