[VIDEO] “Adakah isteri akan selamat” Suami Sayu Isteri Contraction Lahirkan Anak

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya tidak sabar menanti detik-detik kelahiran bayi mereka dan berharap segala urusan dipermudahkan.

Namun begitu, disebalik perasaan teruja menyambut kelahiran baru, pastinya keselamatan ibu juga menjadi keutamaan dalam proses berkenaan.

Tanpa kita sedari, suami juga merupakan individu yang paling risau dengan kelahiran jika sesuatu berlaku kepada bayi dan ibu ketika itu.

Setia disisi isteri ketika contraction

Ramai suami yang memilih untuk menemani isteri mereka di hospital. Walaupun para suami tidak berkongsi kesakitan yang dilalui si ibu, namun mereka setia memberi semangat di sisi.

Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan di Instagram oleh seorang suami yang setia disisi isterinya ketika contraction anak mereka yang ketiga.

Adakah mimi dan baby akan selamat

“Allahuakbar, itulah ayat yg sampai sekarang yg aku selalu teringat. Banyak kali Mimi sebut Allahuakbar seolah-olah masa tu macam-macam bermain difikiran aku”.

“Adakah Mimi akan selamat? Adakah Baby akan selamat? Adakah semuanya akan berjalan lancar”.

Masa itu Allah sahaja yang tahu macam mana aku rasa

“Masa tu Allah sahaja yang tahu macam mana aku rasa. Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya dipermudahkan. Syukur Ya Allah”.

“Walaupun penat, walaupun sakit, tapi inilah pengorbanan seorang wanita. Tak semuanya indah dan tak semuanya gundah”.


Inilah rezeki yang Allah bagi untuk kami

“Sebab tu Allah bagi ganjaran pahala yang besar dekat ibu yang lepas bersalin. Allah bagi peluang dekat dia dapat mengandung, dapat zuriat dan kebahagiaan”.

“Inilah rezeki yang Allah bagi untuk kami.Untuk para suami, hargailah isteri. Kadang-kadang dia sakit, dia penat, dia tak bagitau. Dia diam”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DEMICA (@syahsuzuran)

Kalau tak dapat luangkan masa, cukuplah jaga hati isteri

“Kalau ada yang tak dapat nak luangkan masa untuk layan, belai, picit kaki isteri, cukuplah dengan jaga hati isteri”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DEMICA (@syahsuzuran)

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong dan memuji tindakan lelaki ini memberi semangat kepada isterinya ketika contraction.

Mereka turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dengan kelahiran bayi ketiga mereka.