[VIDEO] “Ada 11 bilik tidur, bilik karaoke & lif!!” Cik B Buat House Tour, Netizen Kagum Besarnya Rumah DSV

Cik B atau nama sebenar beliau adalah Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin merupakan seorang usahawan, pelakon dan pelawak tanah air.

Memilih nama popularnya Cik B, beliau merupakan anak kepada pengasas produk kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV).

Cik B penuhi permintaan peminat

Usahawan muda ini menuruti permintaan pengikutnya untuk melakukan jelajah rumah atau house tour yang didiami bersama keluarga.

Menerusi laman sosial Instagram, Cik B berkongsi ruangan-ruangan peribadi dan kawasan sekitar rumah yang dimiliki oleh ibunya, Datuk Seri Vida (DSV) untuk tatapan umum.

Kalau korang nak house tour, nanti Cik B buat video

“Sorry guys Cik B banyak merepek, kalau korang nak lagi house tour, nanti la Cik B buat video dan letak di YouTube. Sebab Cik B tak reti la buat house tour,” ujarnya menerusi IG story.

Difahamkan, banglo mewah kediaman Datuk Seri Vida(DSV) ini tersebut terletak di Ipoh, Perak.

10 ruang tamu dan 11 bilik tidur 

Banglo mewah ini mampu menempatkan hampir 10 ruang tamu, 11 bilik tidur termasuk bilik tetamu, surau yang cukup luas dan mewah, lif, kedai kopi, kolam renang, kolam ikan, bilik karaoke dan kawasan luar rumah untuk bermain basikal.

Selain itu, Cik B sempat membawa pengikutnya masuk ke dalam ibunya, bilik adiknya, Kacak serta naik ke tingkat paling atas.

Pemandangan mengadap kawasan pergunungan indah di Ipoh

Tingkat paling atas kediaman itu menempatkan balkoni yang mengadap pemandangan indah kawasan pergunungan di Ipoh.

Dijangka rumah tersebut yang bernilai RM20 juta itu turut menempatkan bilik-bilik untuk para kakitangan seperti pembantu rumah dan pemandu peribadi.

Tunggu video jelajah rumah yang betul untuk tontonan

Pelakon itu juga mempunyai hampir 800,000 pengikut di Instagram juga berjanji akan melakukan sebuah video jelajah rumah yang betul untuk tontonan umum kelak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan rumah tersebut termasuk ruang surau yang ditunjukkan oleh Cik B.

Video tour rumah Cik B

Sebelum ini, selepas bergelar pelakon dan penyanyi, Cik B mencuba nasib di pentas program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2).

Menurut Cik B, ibu kesayangannya yang banyak memberi galakan dan semangat untuk menyertai MLS2. Dia menyertai pertandingan ini dengan menjadi salah satu anggota kumpulan ABC.

“Saya sertai MLS2 sebab mama yang suruh. Sebenarnya saya juga berasa gembira diberi peluang untuk sertai program berkenaan.

“Bukan semua orang boleh masuk program ini jadi rasa gembira bila saya dapat sertai. Satu pengalaman yang baharu.

“Saya dah bersedia dan saya juga harap dapatlah bertahan sampai top 3,” ujarnya kepada Gempak.

Selain Cik B, kumpulan ABC juga turut disertai oleh Chiwan dan Achok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CHIWAN_CHILOK (@chiwan_chilok)