“Allahu, beratnya rasa..Umi janji Umi kuat,” Anak Leez Rosli Pula Positif Covid-19 Selepas Aepul Roza

Beberapa hari lepas, vokalis Drama Band, Aepul Roza telah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan kedua.

Berita itu dimaklumkan Aepul menerusi akaun Instagramnya lewat malam tadi selepas dia menjalani ujian swab kali kedua di sebuah klinik swasta di Bangi.

“Dukacita dimaklumkan ujian swab kali kedua membawa keputusan positif. Isteri saya (Leez Rosli) negatif.

“Saya sudah mula menjalani kuarantin kendiri beberapa hari lepas dan menanti SOP seterusnya.

“Doakan kami sekeluarga, terima kasih,” tulisnya.

Malah, drummer kumpulan Drama Band, Faeez Ikhwan turut positif Covid-19.

Terbaru, setelah empat hari disahkan positif Covid-19, Aepul kini berdepan satu lagi ujian berat apabila anaknya, Nur Saffiya Alisha turut dijangkiti virus berkenaan.

Aepul berkata, dia dan anak perempuannya yang berusia lima tahun kini dikuarantin bersama hingga pulih dan bebas daripada jangkitan tersebut.

“Kasihan baby saya, Alisha juga positif. Daddy mintak maaf. Daddy jaga awak ok,” tulisnya.

Rabu lalu, Aepul disahkan positif virus tersebut setelah menjalani ujian calitan buat kali kedua di sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor.

Bagaimanapun, isterinya yang juga pelakon Leez Rosli disahkan negatif.

Menerusi satu enti di Intagram Story (IGS), Aepul memuat naik foto bersama anaknya yang kini turut menjalani kuarantin.

“My poor baby, Alisha juga positif. Im sorry baby girl. Daddy jaga awk okay,” tulisnya sambil menanda akaun Instagram isterinya yang juga penyanyi dan pelakon, Leez Rosli.

Sementara itu, Leez di dalam satu status lain di IGS turut memberitahu mengenai perkara sama dan berjanji untuk menjaga dua insan tersayangnya itu sebaik mungkin.

“She’s end up positif Covid-19 due to her PCR swab test. Allahu, beratnya rasa bahu ni. Duduk elok-elok dengan Daddy okay.

“Umi janji Umi kuat untuk jaga 3 orang… Daddy, Alisha dan adik dalam perut,” tulisnya.

Semoga keluarga ini kuat mengharungi ujian dan harap kami moga Aepul dan anak perempuannya segera sembuh.