[VIDEO] 9 Bulan Terpisah Kerana Latihan dan PKP, Kejutan Anggota Polis di Gerai Ibu Buat Netizen Sebak

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan kesan kepada ramai orang secara langsung apabila terpisah dengan orang tersayang.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, seorang lelaki dipercayai seorang anggota polis menanggung rindu selama 9 bulan sebelum dapat bertemu mata dengan ibunya.

Klip video berdurasi 2 minit 19 saat berkenaan dimuatnaik di Instagram Friends of PDRM mendapat lebih 60 ribu tontonan dalam masa beberapa jam.

Pemuda itu pada mulanya berlakon mahu menjadi pembeli di gerai nasi lemak ibunya sambil dirakam video oleh seorang lagi rakan.

LEPAS 9 BULAN TAK JUMPA MAK DAN FAMILY

“Sediakan tisu sebelum tekan Play. Admin pun menangis masa edit Video ni.. Siapa potong bawang wei?

“6 bulan dalam Pusat Latihan, 3 bulan PKP, tak dapat jumpa Mak dan family.. Sekali dia buat surprise datang gerai nasi Lemak Mak dia..

“Siapa yang belum dapat jumpa Mak Ayah lagi boleh la Video call sekarang. Hargai dan kasihilah selagi mereka ada..”

Rakaman yang menyentuh hati itu tambah sayu apabila lelaki itu mengaku ‘Makcik, saya ni anak makcik’, sebelum si ibu menyedari dan terkejut.

Dua beranak berkenaan kemudiannya berpelukan melepaskan rindu setelah 9 bulan terpisah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Friends Of PDRM (@fopdrm) on

Anggota polis berkenaan difahamkan menjalani latihan dalam pusat latihan polis selama 6 bulan sebelum menjalani PKP 3 bulan.

Rata-rata netizen amat tersentuh dengan perkongsian tersebut dan mendoakan agar keduanya tidak lagi berjauhan.

“Saya doakan semoga kita semua diberi kesempatan berjumpa dengan insan tersayang…Aamiin” komen salah seorang netizen.