Ustaz Ebit Lew Sewa Bas Untuk Hantar Pelajar Terkandas di Universiti Balik Kampung

Isu mengenai penangguhan pendaftaran semestar baharu institusi pengajian tinggi terus tular di media sosial.

Ramai pelajar dikatakan terkandas apabila kebanyakan dari mereka sudah mula sampai ke  masing-masing dan ada dari mereka sudah membeli tiket untuk pulang ke universiti.

Selepas Dr. Maszlee, Ustaz Ebit Lew tampil tolong mahasiswa

Malahan, ada yang terpaksa menanggung kerugian dan isu tersebut telah mendapat perhatian dari beberapa individu termasuk pendawah bebas Ustaz Ebit Lew.

Sementara itu, orang ramai juga telah tampil memberikan bantuan kewangan dan juga penempatan sementara buat mereka kerana memahami kesulitan yang dihadapi.

Bantu pelajar yang terkandas

Prihatin dengan nasib pelajar-pelajar, Ustaz Ebit Lew telah menyuarakan hasrat membantu pelajar-pelajar tersebut dengan menyewakan bas untuk membawa pulang mereka yang terkandas di IPT.

Menerusi laman Facebook pendakwan ini, beliau telah memuat naik satu posting mengenai bantuan untuk mahasiswa yang memerlukan bantuan ketika ini.

‘Saya nak sewakan bas, boleh pm saya’

“Buat adik-adik dan rakan yang daftar universiti terkandas nak balik kampung saya nak sewakan bas. Boleh pm saya-ebitlew”.

Menurutnya lagi, mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut diminta untuk terus menghubunginya kerana urusan mendapatkan bas sedang dijalankan oleh ketika itu.

Terima kasih Ustaz Ebit Lew

Perkongsian itu telah mendapat perhatian warganet kerana terharu dengan keprihatian yang ditunjukkan oleh pendakwah tersebut.

Menjenguk ke ruangan komen, posting berkenaan telah dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet yang mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh pelajar disebabkan isu tular semalam.

Semoga para pelajar yang terkandas ketika ini mendapat bantuan dan berada dalam keadaan yang selamat. Diharap lebih ramai orang yang akan tampil membantu mereka.