[VIDEO] Uqasha Senrose Bersalin Tak Buka Seluar Dikritik Tak Logik, Ini Penjelasan Pengarah Micheal Ang

Lakonan Uqasha Senrose yang memakai seluar ketika melahirkan anak salah dalam satu babak drama Perempuan Tanpa Dosa telah mendapat perhatian di laman sosial.

Kebanyakan netizen mengkritik foto berkenaan dan menganggap adegan itu sebagai tidak logik.

Bukan babak sebenar

Namun begitu, pengarah drama tersebut, Michael Ang menjelaskan bahawa foto yang tular itu bukanlah babak sebenar dalam drama berkenaan.

Sebaliknya ia hanya gambar yang diambil sekitar penggambaran dan bukan hasil akhir untuk drama.

Mahu jaga aurat

Menurut Michael lagi, dia juga mahu menjaga aurat dan tidak sewenang-wenangnya meminta Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen membuka seluar di hadapan pelakon lain dan kru produksi.

“Gambar yang tular itu bukanlah dalam footage pun dan ia gambar di luar kamera. Sekadar gambar sekitar penggambaran.

“Sudah tentu bila shooting saya nak jaga aurat. Takkan saya nak suruh Uqasha buka seluar di hadapan semua orang dan sebab itu la ada letakkan kain.

“Nanti ada babak Usu (lakonan Uyaina Arshad) buka seluar dan bila tengok babak itu, penonton akan faham apa yang ingin disampaikan,” kata Michael menerusi laporan mStar.

Michael Ang diminta mengulas mengenai foto tular sebuah babak dalam drama arahannya iaitu Perempuan Tanpa Dosa yang sedang ditayangkan.

Drama gandingan Uqasha dan Kamal Adli itu bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 Oktober lalu.

Anggap sekadar jenaka

Pada masa yang sama, Michael menganggap foto yang tular itu sekadar jenaka dan mengambil segala kecaman netizen secara positif.

“Saya tak kisah dengan kecaman atau kritikan netizen. Saya anggap ia sekadar lawak dan sebenarnya kelakar juga bila dapat tahu ada orang muat naik foto itu dan menjadi tular.

“Tapi saya terima saja kecaman sebab netizen memang suka membuat andaian. Mereka lihat gambar itu dah terus buat andaian sendiri tanpa tahu apa-apa,” ujarnya.

Drama bersiri itu turut dibintangi oleh Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin, Zac Zaky, Hilal Azman, Shaza Bae, Susan Menan, Datin Fadhillah Mansor dan Azza Elite.

Gelak besar aku pagi-pagi

Menerusi laman Instagram, Michael Ang memuat naik video mengenai isu ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

“Uqasha Beranak Pakai Seluar! Salam semua! Gelak Besar aku pagi2 pasal kes ni. Itu gambar behind the scene dik non semua!Takan I nak suruh @uqashasenrose2 telanjang kat set. Belum lagi tgk dah buat andaian! Apo la Kau org! Luv u all n stay safe.”

Rata-rata para peminatnya turut bersetuju dengan apa yang diungkapkan oleh Michael Ang.