Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Disenaraikan Pencalonan Oscars 2020!

Satu khabar gembira telah dikongsikan oleh penerbit filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal, Les’ Copaque Production Sdn Bhd di laman Facebook di mana filem tersebut telah tersenarai bagi pencalonan Oscars 2020.

Filem Upin & Ipin ini telah tercalon di dalam kategori filem animasi bersama-sama filem Frozen II, Toy Story 4, The Angry Birds Movie 2 dan 28 buah filem yang lain.

“Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal disenaraikan bersama 32 filem animasi antarabangsa yang lain bagi pencalonan Oscars 2020.

“Terima kasih rakyat Malaysia di atas sokongan luar biasa kepada filem ini.”

Anugerah Oscars ataupun nama rasminya Academy Awards ialah sebuah majlis anugerah dari negara Amerika Syarikat yang diacarakan secara tahunan oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS).

Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan sinematik dalam industri filem.

Untuk rekod, bagi tahun 2018 Anugerah Oscars bagi Filem Animasi Terbaik dimenangi oleh filem Spider-Man: Into the Spider-Verse.

Tahniah diucapkan buat team Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal dan semoga berjaya disenarai pendek sebagai finalis.