Seorang doktor di Hospital Christchurch yang juga merupakan rakyat Malaysia, Mohamad Firdaus meminta semua pihak untuk tidak menyebarkan sebarang berita palsu mengenai ketiga-tiga mangsa.

Di dalam satu posting di facebook beliau, Firdaus berkongsi keadaan mereka di sana.

“Beberapa update. Ketiga2 mangsa tembakan warganegara Malaysia masih hidup. Saya mencela individu2 yang menyebarkan berita PALSU kematian mereka.

1) Abang Rahimi Ahmad.

Diceritakan atas keizinanan dari isteri. Abang rahimi stabil setakat ini, tapi masih memerlukan beberapa lagi pembedahan untuk membuang fragments (x pasti fragment peluru atau tulang etc) dalam dural space. Beliau masih di ICU. Keluarga beliau dan exco Penang dalam perjalanan ke sini.

Kebetulan Puan Jacinda Arden buat lawatan mengejut, beliau turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku.

2) Abang Tarmizi

Beliau masih hidup, tolong jangan sebarkan berita palsu tentang kematian beliau. saya x dapat berjumpa beliau sebab masih dalam pembedahan.

3) Nazril Omar

Berada di wad biasa, stabil. Anaknya Daniel 17 tahun menemani beliau yang tidur selepas scan MRI. Gambar n butir kecederaan saya tak dedahkan sebab tak mendapat kebenaran pesakit yang masih tidur.

Mohon jangan tanya detail2 yang lain, saya terikat dengan prinsip confidentiality patient dan hanya dapat berkongsi maklumat yang tertentu sahaja. Sekali lagi, jangan sebar video shooting dan berita2 palsu.

Mohamad Firdaus
Christchurch Hospital