“Turunkan Ilmu…” Kucing Ajar Adik Buka Pintu, Siap Intai Dulu Undang Dekah Netizen

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja.

Namun terkadang ada juga masanya mereka ini sengaja ‘buat hal’ dan hendak menguji kesabaran tuannya. Ada sahaja telatah comel mereka yang hendak ditunjukkan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baur ini dimana si bulus ini mengajar adiknya cara untuk membuka pintu dengan sendiri mencuri perhatian ramai.

Menerus sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @encik.jupiter, kelihatan seekor kucing bertompok oren dan dua ekor kucing yang lain sedang berada di luar bilik itu dan memandang pemiliknya.

Seolah-olah seperti mengintai tuannya, kucing tersebut perlahan-lahan menolak pintu itu dengan sendirinya dan masuk ke dalam bilik.

Malah turut dapat dilihat anak kucing itu yang mengekorinya dari belakang selepas cubaannya itu berjaya dilakukan.

Video yang tular di laman TikTok:

@encik.jupiterAnak musang budak kecik tu dah diajar macam2 oleh abang2 mereka 🤦🏻‍♂️♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 29.6K tontonan, 4116 tanda suka, 34 komen dan 34 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat kucing ini yang bukan sahaja comel malah bijak mengajar adik-adiknya.

Tidak cukup dengan itu, ada juga segelintir para netizen yang bole ‘relate’ ekoran perangai kucing mereka pun lebih kurang sama seperti si bulus ini.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Mimi kak kawasan tu yang belakang follow.”

“Sebijik macam kucing den. Mula-mula intai, line clear masuk.”

“Turunkan ilmu kat adik adik supaya nanti kenakalan keturunan masih terjaga.”


“Hah tuan aku tengah buat apa sorang dalam bilik.”