Turun Tangga Dengan Terbaring , Aksi Hairul Azreen Nervous Dengan Tayangan Filem Sendiri Undang Dekah Ramai

Pasangan selebriti terkenal Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini sering menjadi perhatian kerana perkongsian percutian mereka yang sangat mewah. Malah kedua-dua anak mereka Yusuf Iskandar dan Aisyah Alisa juga mempunyai peminat mereka sendiri.

Umum mengetahui, pelakon terkenal Hairul Azreen atau nama sebenarnya Hairul Azreen bin Idris ini mempunyai sebuah filem seram komedi arahannya sendiri bertajuk “Ada Hantu” yang dikeluarkan pada tahun 2021.

Bukan itu sahaja, filem tersebut telah meraih dan menerima sambutan positif dari ramai pihak. Oleh sebab itu, tahun ini filem Ada Hantu 2 kembali dan bakal ditayangkan di pawagam pada 15 September.


Baru-baru ini, Malam Galam filem Ada Hantu telah mendapat sokongan ramai serta rakan-rakan artisnya. Hairul turut mengatakan ketika tayangan filem itu, mereka turut terhibur serta bergelak ketawa dan membuatkan dirinya terharu.

Namun apa yang mencuri perhatian adalah isterinya, Hanis Zalika telah berkongsikan momen yang mencuit hati warganet. Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok, Hanis mengatakan suaminya itu ‘nervous’ dengan arahan filemnya yang bakal ditayangkan di pawagam pada hari ini.


Di dalam video tersebut, kelihatan Hairul Azreen dengan selamba menuruni tangga cara terbalik gara-gara filemnya sendiri.

“Korang tolong” tulisnya di ruangan kapsyen.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat Hairul Azreen dengan aksinya yang turun dari tangga dengan cara terbalik. Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan pelakon lelaki ini semakin kebal selepas banyak melakukan filem “action”.

Antara komen warganet:

“Mentang-mentang lah dh bnyak buat action scene jatuh tangga tutup mata je brader tu… hmmmm HAAHHAHA”


“HAHAHAHHAHAHAHAHA aku kadang terlupa artis pun manusia biasa..”

“aduh,aku pulak yg terasa sakit tengok dia turun tangga gitu..”
“parah bebenor nervous ni @Hairul Azreen insyaallah movie awak akan dapat pendapatan setaraf the assistant movie aminnn..”


“Ok2 bang… jumaat saya bawa anak anak saya tgk k.. dah dah jgn nebes lagi”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@haniszalikha Korang tolong #AdaHantu2 @Hairul Azreen ♬ original sound – Hanis Zalikha

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.7m tontonan, 196.5k tanda suka, 943 komen, 8356 simpanan, 1253 perkongsian di laman TikTok.