Berlakon Dengan Isteri Dalam Sebuah Drama, Aidil Aziz Akui Perlu Lebih Profesional

Sebelum ini, kita selalu lihat ada pasangan pelakon yang sudah berkahwin berkerjasama dalam satu drama seperti Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson sekaligus menaikkan jumlah penonton. Lebih-lebih lagi mereka ini sememangnya merupakan nama yang besar dalam industri seni dan mempunyai ramai peminat dengan aura tersendiri.

Sama juga dengan pasangan Fasha Sandha dan suaminya Aidil Aziz ini dimana mereka telah bergandingan dalam sebuah drama yang bertajuk ‘Rampas Cintaku’ di aplikasi IQYI. Walaupun bukan sebagai hero dan heroin, Aidil Aziz menyifatkan sangat teruja dengan dapat bekerjasama.

Menurut sumber, Aidil Aziz atau nama sebenarnya Mohd Aidil bin Abdul Aziz ini mengatakan dia sentiasa bersikap profesional sewaktu pengembaran dan bukan mudah untuk berlakon dengan isterinya, Fasha yang melakonkan watak sebagai isteri kepada pelakon Zarul Hussin dan kekasih Afieq Shazwan dalam drama tersebut.

“Sebenarnya saya sangat gembira dapat berlakon dengan isteri saya sebab dapat bekerja dalam satu set. Bukan senang kami nak bekerja sekali. Walaupun, dalam cerita ini dia bukan wife saya tapi wife abang Zarul. Dah la wife abang Zarul, girlfriend Afieq pula tu… tapi it’s okay…”

“Kami profesional, dalam set dia adalah Datin Safeya dan saya, Sharul sebagai gigolo senior. Habis set, dia adalah my wife, tak ada sesiapa pun boleh bawa balik, she’s mine,” katanya.

Menurut Aidil, dia tidak menafikan mempunyai perasaan cemburu dengan Afieq yang memegang watak kekasih Fasha namun dia menyifatkan cemburunya itu bukanlah ke arah yang negatif. Tambahnya, dia mengharapkan pengajaran drama tersebut sampai ke hati penonton.

“Ada juga la babak dia dengan Afieq buat saya cemburu tapi tak apa, yang penting lakonan mereka sampai kepada penonton dan kami sebagai pelakon tapi cemburu itu mungkin sebab saya tak dapat watak Afieq. Bukan cemburu yang ke arah negatif, lebih kepada positif…”

“Kalau saya dapat watak Afieq itu, mungkin agak berbeza sedikit sebab kami suami isteri dalam realiti. Ada juga babak ‘daring’ kami tapi tak apa, sebab halal,” ujarnya.