Ulang Tahun Fattah Amin Yang Ke-32, Ucapan Istimewa Fazura Buat Suami Raih Perhatian Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan selebriti terkenal Nur Fazura dan Fattah Amin ini? Nama mereka sememangnya sering menjadi perbualan hangat netizen sejak dahulu lagi.

Manakan tidak, perkahwinan mereka pada tahun 2017 langsung tiada khabar rasmi, sedar-sedar pasangan itu sudah selamat diijabkabulkan.

Fazura dan Fattah berdua turut terkenal sebagai pasangan yang sukses menjalankan perniagaan. Lebih-lebih lagi jenama Tudung Fazura yang mencetus fenoma kerana harganya berpatutan dan mampu dimiliki.

Pun begitu, baru-baru ini ucapan Fazura buat hari ulang tahun suaminya Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah bin Mohd Amin yang ke-32 ini telah mencuri perhatian ramai.


Menerusi sebuah perkongsian video yang dimuat naik oleh Nur Fazura dia meluahkan rasa bersyukur kerana mempunyai suami seperti Fattah kerana telah menjadi tulang belakangnya dan sentiasa menyokong ketika saat gembira mahupun sukar.

“Inilah cinta dalam hidup saya, semasa kita meraikan kamu hari ini, saya harap kamu tahu betapa berharganya kamu sebagai seorang manusia. Terima kasih sayang kerana menjadi cahaya hidup saya, tulang belakang saya, penasihat saya, lelaki gagah saya dan kadang-kadang clingy-hubsbaby…”


Malah dia turut menyifatkan Fattah sebagai ayah yang terbaik buat anak perempuan mereka Fatima dan menitipkan doa agar suaminya sentiasa dilindungi Allah.

“Terima kasih sayang kerana menjadi penyokong terbesar ketika saat kegembiraan dan menjadi orang yang saya berlari kepada ketika menghadapi masa yang sukar. Saya berasa bertuah setiap hari kerana Allah SWT memilih awak sebagai suami saya dan ayah yang terbaik kepada Fatima..”

“Jadi, ini untuk kamu sayang ku. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi, merahmati, memberi petunjuk dan hidayah serta mengurniakan keredaanNya buat sayang di dunia dan akhirat. Saya cintakan awak sayang.” tulisnya di ruangan kapsyen.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet juga meluahkan rasa bahagia melihat Nur Fazura dan Fattah Amin ini. Bukan itu sahaja, mereka turut mengucapkan selamat ulang tahun untuk suaminya dan mendoakan agar pasangan ini hingga ke jannah.

Antara komen warganet:

“Nampak pemalu Fattah ni, sampai syurga ya kak Faz and Fattah..”



“Awwwww. We can see he is the best for you Faz, and likewise, you’re the best for him. No matter what some people might say or do to say otherwise; the jokes are on them. Keep on loving each other and be each other’s strength!”

“Manissss.. manisss… Semanis senyumanmu, kak Faz… Anyway Happy birthday, belahan jiwanya kak @missfazura , @fattahaminz !. Semoga yg baik2 sahaja buat kamu sekeluarga… Diberi kesihatan yg baik, dipermudahkan segala urusan.. Insya-Allah amin!”

“Bahagia dia hati saya bila tengok kalian berdua..sejuk hati saya. Semoga hingga jannah..aaamin”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)