“Tunjuk muka dia bang” Owner Kesal Rumah Seperti Pelupusan Sampah, Penyewa Terus Block Nombor Telefon!

Seringkali kita lihat di media sosial dimana terdapat pelbagai ragam penyewa rumah dan ada diantara mereka yang seakan menjadikan rumah sewa seperti ‘tempat pelumpusan sampah’.
Iospital phone repair gombak
Tidak dinafikan, ‘penyewa dari neraka’ itu wujud persis seperti kisah yang tular baru-baru ini yang mana tuan rumah sewa tidak dapat menahan marah apabila melihat rumahnya dalam keadaan tidak terurus mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Paktam_story, dapat kita lihat dari ruang tamu, bilik tidur sehingga ke bilik mandi dipenuhi dengan sampah sarap.


Malah, sinki turut dipenuhi dengan kelengkapan mandi seperti syampu dan sabun yang tidak lagi digunakan.

“Dugaan tahun 2023… kisah penyewa durjana, ambil iktibar la. Rumah aku bagi sewa dijadikan tempat sampah.

“Ada lagi manusia begini. Hangpa (anda) viral sat supaya tuan rumah yang menyewa alert sikit,” tulisnya



Menerusi perkongsian di laman sosial, lelaki itu memberitahu dia pada mulanya mahu mendapatkan kunci rumah daripada penyewa, namun tidak dipedulikan.

“First minta kunci rumah kat penyewa, call kena block, WhatsApp tak balas.. Tunggu satu bulan tak ada respons. Pergi balai polis buat report untuk masuk ke rumah,” katanya.

Lelaki ini tidak menyangka rumah yang dibeli dan dibuat sewa di Pulau Pinang itu kelihatan seperti sudah lama ditinggalkan dengan sampah sarapa yang berteraburan di banyak tempat.


“Hang ingat tempah sampah ke?.. “Aku beli rumah bukan minta jadi macam ni. Bukan rumah lelong.” soalnya.

“Tengoklah weh, apa benda dia buat kat rumah aku,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut dengan keadaan rumah yang dihuni penyewa tersebut bahkan tertanya-tanya mengapa dia membiarkan sampah berlonggok seperti itu dan bagaimana dia boleh hidup dalam keadaan begitu.

“Macam mana dia boleh hidup dalam rumah macam ni? Spill muka penyewa tu bang!-Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga meminta penyewa agar membuat dokumen hitam putih dan mengambil deposit sebagai cagaran jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

Antara komen warga maya:

“Nak bagi tips, sebelum nak sewa rumah, buat surat hitam putih untuk sewa, minta salinan ic depan belakang”

“Saya bagi tips yang lagi berguna, rajinkan diri pergi ke rumah yang disewa”

“Boleh ke manusia hidup dalam keadaan macam ni..”


Tekan sini untuk lihat perkongsian yang tular: