“Demam apa kau ni” Cakap ‘I Love You’ Kat Ayah Dapat RM50, Reaksi Spontan Bapa Buat Ramai Terhibur

‘Eksperimen sosial’ merupakan salah satu jenis konten yang kebiasaaannya dilakukan oleh para YouTubers dan pengguna laman TikTok.

Iospital phone repair gombak

Difahamkan, eksperiman ini dilakukan bagi menguji orang awam mengenai kepentingan dalam sesuatu hal yang dijadikan sebagai fokus utama dalam konten tersebut.

Seperti baru-baru ini, tular sebuah video eksperimen sosial yang berkait dengan seorang pemuda telah mencuri perhatian warga netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shoeempire76 itu, jika individu yang dipilih berjaya melakukan cabaran dengan mengungkapkan ayat ‘I Love You’ terhadap ayah mereka, lalu mereka akan mendapat tunai sebanyak RM 50.

Pemuda itu dapat dilihat terus mengambil telefonnya dan menelefon ayahnya.

Namun apa yang lebih membuatkan orang ramai terhibu adalah apabila reaksi ayahnya itu yang berasa aneh dengan sikap anaknya.

Insiden itu turut membuatkan rakan-rakannya yang lain turut tergelak sama.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah berjaya mencecah sebanyak 380.2K tontonan, 28.7K tanda suka, dan 718 komen di laman platform sosial berkenaan.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen orang ramai meluahkan rasa terhibur melihat aksi pemuda yang terlibat dalam eksperimen itu.

Antara komen netizen:

“lepas tu mesti ayah dia call balik.. kau balik la dik…nk mkn ap ckp ja…ayh usahakan…”


“aku pernah tpon mak aku dulu…tahu2 ptg mak aku smpai kat rumah aku…😅😅risau dia takut pape jadi kat aku”

“ni kalau aku yg call mak , mmg tk dpt laa ayat ni dia gelak tk ingt doniaaa lagi adalaa . kiss pn jarang dpt , shy shy membe punnn 🥲🥲😂😂”

“seronok nya yg dpt ckp dgn ibu ayh agy..ayh sy xde dh agy kt dunia ni🥺..rndunya nk ckp betapa rndunya Sy pd mereka🥺”

“Nice content 🥰🥰.. Boleh eratkan kasih syg yg jauh jd dekat dgn 3 patah perkataan tu”

Video TikTok yang tular:

@shoeempire76 Bila last time korang cakap i love you dekat ibu bapa? #iloveyou #kasihsayang #fyp #tiktokmalaysia #sporting ♬ Speed Dial (Demo) – Kayla Grace