Tular Video Meerqeen Berbalas Ciuman Di Pipi, Anna Tampil Cerita Situasi Sebenar

Drama Melur Untuk Firdaus telah mencetus fenomena apabila berjaya mendapat sambutan penonton-penontonnya sehingga ke luar negara. Bukan itu sahaja, gandingan serasi Meerqeen dan Anna Jobling telah menjadi ikutan peminat tempatan. Malah klip pendek video adegan romantis mereka berjaya mengumpul 2.7 bilion tanda pagar tontonan di Tiktok.

Baru-baru ini Meerqeen dan Anna Jobling ‘terbang’ ke Jakarta, Indonesia bagi memenuhi undangan temu bual bersama media, stesen televisyen Trans Tv dan sesi bertemu peminat. Namun terdapat sebuah video yang tular di laman TikTok apabila Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam yang membalas ciuman pipi oleh pelawak Indonesia Kiky Saputri.

Video tesebut telah menjadi perhatian ramai dan ada netizen yang kurang senang dengan tindakkan Meerqeen itu.


Memetik laporan Media Hiburan, pelakon gandingannya Anna Jobling telah meluahkan rasa simpati terhadap Meerqeen kerana dikecam oleh netizen susulan video tersebut. Difahamkan, Anna  yang turut berada di lokasi yang sama tidak mengetahui dan perasan akan situasi yang berlaku.


“Saya memang berada di sana ketika itu, tapi saya tidak nampak apa yang terjadi sebab keadaan di sana terlalu ramai.”

“Walau bagaimanapun saya simpati dengan Meerqeen sebab dia bukan berniat tidak baik, cuma benda itu nak berlaku dan bukan sesuatu yang buruk. Malah kami mencipta banyak memori manis di sana.”

“Kadangkala kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Ditambah pula dengan perasaan teruja sepanjang berada di Indonesia,” katanya.


Tambah Anna lagi, walaupun sukar mengawal keadaan apabila dikerumi peminat dia sentiasa mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkan pekara yang tidak diingini.

“Ketika berada di Indonesia kebanyakan peminat wanita misalnya meminta izin untuk memeluk Meerqeen. Bagi saya itu adalah perkara yang patut dilakukan bagi menghormati dan menjaga batas.”

“Namun kadangkala perkara itu terjadi di luar jangkaan kerana berlaku dengan cepat dan tak sempat nak berfikir panjang. Ibaratnya tak sempat nak bernafas dan kemudian baru tersedar.”

“Tapi saya akan sentiasa mengingatkan diri agar berhati-hati apabila membabitkan soal pergaulan. Cuma saya mungkin beruntung sebab majoriti peminat dalam kalangan wanita. Jadi itu tidak menjadi satu masalah besar,” ujarnya.