Tular Video Ceramah Sambil Bertopi & Tutup Muka, Ustaz Kazim Elias Tampil Beri Penjelasan

Sebelum ini, kecoh apabila Ustaz Kazim yang berkongsikan secara umum mengenai derita penyakit misteri yang dialaminya sejak lebih lapan bulan lalu yang menyebabkan luka di seluruh badan termasuk mukanya.

Pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias ketika ini masih lagi sedang menempuh ujian dan dugaan apabila terpaksa menghadapi pelbagai penyakit yang dipercayai datang daripada perbuatan sihir beberapa individu terhadap dirinya itu.

Terbaharu, tular dengan sebuah video ceramah siaran langsung yang hanya menampakkan mata Ustaz Kazim Elias. Di dalam video berkenaan, kelihatan Ustaz Kazim yang mengenakan topi serta enutup mukanya dan hanya menunjukkan sebahagian matanya ketika menyampaikan ceramah tersebut.

Susulan video tersebut, Ustaz Kazim Elias tampil menjelaskan penampilannya yang hanya memakai topi dah menutup muka itu di sebuah video di laman TikTok yang telah dimuat naik oleh @miee_razak ini mencuri perhatian ramai.

Menurutnya, dia perlu memakai topi dan mutup matanya di atas nasihat doktor yang merawatnya kerana beliau tidak boleh terkena cahaya matahari.

“Mulai malam ini, saya berpakaian begini sebab dinasihatkan oleh doktor. Wajah saya tidak boleh kena cahaya matahari.Saya kena pakai macam-macam krim pada seluruh tubuh saya.”

“Ia untuk saya menjaga muka dan seluruh tubuh saya buat sementara waktu (berpakaian seperti ini), saya kena jaga betul-betul supaya wajah saya kembali pulih seperti dahulu” katanya.

Walaupun melakukan sesi ceramah secara langsung dengan penampilan sebegitu, ramai pihak di platform media sosial yang merasa simpati dengan keadaan Ustaz Kazim.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan doa buat Ustaz Kazim Elias agar cepat sembuh dan dipermudahkan urusannya yang masih melakukan sesi ceramah.

Antara komen warganet di laman TikTok:

“Ya ALLAH sembuhkan ustaz kasim..amin”

“Semoga ustaz cepat sembuh..ya Allah permudahkan lah ustaz..”

“Ya Allah, kau sembuh kan lah sakit ustaz kazim ini..pulangkan semula pada orang itu..”

“Allah..teringat kisah salah seorang nabi yang di uji penyakit kulit..”

Video yang tular di laman TikTok dan Facebook:

@miee_razak semoga ustaz @UstazKazimOfficial cepat sihat ..Amin #ustazkasimalias #fyp ♬ original sound – miee_razak