Isu Hukuman Najib Razak Dikekalkan, Fizo Omar Beri Teguran Buat Netizen

Kecoh di dada akhbar dan media sosial apabila bekas perdana menteri Malaysia, Najib Razak akan menjalani hukuman penjara yang berkuatkuasa semalam.

Umum mengetahui, panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia itu malah hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini turut dikekalkan.

Susulan berita tersebut, pelakon Fizo Omar telah menegur orang ramai yang memberikan reaksi sindiran terhadap bekas perdana menteri itu di laman Instagram.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik olehnya, Fizo berkata berita tersebut tidak patut diraikan malah dia berpendapat bahwa orang ramai seharusnya memandang perkara tersebut dari sudut yang berbeza. Baginya, ini adalah percaturan dan isi yang tersirat dari Allah SWT.

Tambahnya lagi, rakyat Malaysia berada di bawah undang-undang yang sama dan tiada kelebihan dari segi jawatan, pangkat mahupun kuasa.

“Soal tentang kebenaran di atas apa yang yg dilakukan, itu hanya tuan punya badan dan Allah sahaja yang mengetahuinya, kita sebagai rakyat biasa hanya disajikan dengan laporan dari media dan tidak sepatutnya untuk terus menghina dan menghukumnya.” tulisnya.

Walau bagaimanapun, pelakon ini banyak diberikan peluang untuk bekerjsama dengan Najib Razak dan terlalu banyak kebaikan untuk dikongsikan. Fizo Omar juga menyifatkan terdapat banyak faedah yang dinikmati oleh rakyat Malaysia ketika beliau memimpin negara suatu masa dahulu.

“Beberapa kali sya berpeluang berkerjasama dgn DSN,terlalu byk kebaikannya utk sya ceritakan disini,dan tidak dinafikan juga, kita rakyat Malaysia dapat menikmatinya sepanjang kepimpinan DSN.Terima kasih sya ucapkan diatas jasa dan pengorbanan DSN.” tambahnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen yang bersetuju dengan kenyataan Fizo Omar berkenaan kebaikan Najib Razak semasa memerintah negara Malaysia.

Antara komen warganet:

“Setuju sangat..selama beliau jadi PM banyak kemudahan dan bantuan Untuk rakyat”


” Betul Fizo. Jgn dicerca org yg bersalah. Kita sendiri pun byk dosa, hanya Allah yg menutup aib-aib kita.”


“Kita semua ni pendosa..Allah ttup aib kita..berhati hati lh dgn kata-kata..takutnya kata-kata hinaan itu akn berbalik kpd kita, ankcucu kita nanti.”

“Dah terbukti bersalah. Semoga semua ambil iktibar.”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)