Tular Video Anak Tonjol Kreativiti Conteng Toyota Vellfire, Baru Nak Marah Sekali Rupa-Rupanya…

Telatah anak-anak ini kadangkala sangat mencabar lebih-lebih lagi pada usia mereka yang masih kanak-kanak.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah baru-baru ini yang tular dek tiga orang anak yang begitu seronok sekali menconteng kenderaan jenis Toyota Vellfire telah meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zameerpentbrush di laman TikTok itu, kelihatan anak-anak itu sedang menconteng menggunakan pen marker sebelum ditegur oleh bapa mereka.

Memetik laporan MStar, tiga orang kanak-kanak itu sebenarnya adalah anak dan anak saudara kepada seorang tukang cat atau ‘air brush painter’ iaitu Mohd Rozamil Mohd Yatim atau lebih dikenali sebagai Zameer Pentbrush.

Rozamil menyatakan bahawa kenderaan jenis Vellfire itu milik salah seorang pelanggannya yang mahu mengecat keretanya dengan tema anime ataupun komik.

“Sejak 2005, saya berkecimpung sebagai ‘air brush painter’ dan selalu menerima tempahan pelanggan untuk mengecat topi keledar, motor dan baju. Mungkin seiring dengan peredaran masa, orang sekarang mahukan kelainan.

“Saya dapat tempahan daripada pelanggan yang nak cat kereta dengan tema tertentu pada bulan lepas. Sebenarnya, saya dah la”Saya bersyukur sedikit sebanyak video yang viral ini boleh buka mata orang ramai mengenai kreativiti seni,” ujar bapa kepada dua cahaya mata berusia 10 dan 12 tahun ini.ma teringin nak buat dekat kereta.

“Ibarat pucuk dicita, ulam mendatang… bila ada customer berani serah kereta dia untuk dapatkan khidmat saya, saya jadi teruja. Pelanggan tersebut dari Selangor dan hantar kereta Nissan Fairlady miliknya untuk dicat dengan tema ‘borderline’ bulan lalu.

“Itulah pelanggan pertama yang hantar cat kereta dengan saya. Selepas tengok hasilnya, dia nak hantar kereta kedua pula katanya iaitu sebuah Ford Mustang,” katanya.

Dengan rezeki Allah, Rozamil dapat menerima pelbagai tempahan setelah karya seninya itu dimuat naik ke laman TikTok itu.

“Kereta Vellfire tu adalah customer yang kedua, dan customer ketiga pula hantar kereta Audi.

“Ada yang komen, kereta mewah nampak cantiklah kalau buat macam tu… dan tak sesuai kereta biasa. Di sini saya nak cuba perbetulkan sikit. Mindset seperti itu tak”benar… sebenarnya, kereta apa pun, kalau kena dengan tekniknya, memang menjadi dan cantik.

“Dan kedua, mindset orang kita, mereka lebih sanjung kepada kreativiti orang asing sedangkan orang kita sama tara bakatnya. Tapi bila orang kita buat, mereka lebih suka kecam… tapi sanjung orang luar.

“Saya bersyukur sedikit sebanyak video yang viral ini boleh buka mata orang ramai mengenai kreativiti seni,” ujar bapa kepada dua cahaya mata berusia 10 dan 12 tahun ini.

Dalam pada itu, Rozamil turut meluahkan rasa bangga apabila dua orang anaknya itu menonjolkan minat dalam bidang yang sama.

“Mereka dah biasa tengok saya buat kerja… jadi minat bermula daripada situ. Sebagai bapa, saya beri dorongan. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebung.

“Daripada mereka asyik belek gajet, ada baiknya jika mereka gunakan masa dengan mengasah bakat serta kreativiti,” jelasnya yang kini mempunyai sebuah bengkel yang terletak di Kampung Raja, Chendering, Terengganu.


Dengan hasil seninya itu, ramai orang meminta Rozamil menjadi ‘guru’ mereka untuk mempelajari lebih lanjut mengenai cara menghasilkan karya seni seperti beliau.

“Saya segan sebab tiada kelulusan di peringkat tertinggi. Saya hanya mempunyai kelulusan dalam bidang seni sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja.

“Kemahiran ini berbekalkan minat dan belajar sendiri. Namun begitu, saya tak pernah lokek nak share skil atau bahan apa yang digunakan. Semua saya kongsi dengan mereka yang bertanya.

“Lagi satu, saya tak dapat nak penuhi permintaan itu kerana kekangan masa juga. Siapa yang nak mari belajar, boleh saja datang bengkel.

“Bagi mereka yang minat bidang ini atau bidang lain, tumpu dan fokus. Siapa sangka, daripada minat atau hobi, boleh jadi mata pencarian.

“Harapan saya, semoga apa yang saya usahakan ini sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat tentang seni,” terangnya lagi.

Video TikTok yang tular:

@zameerpentbrush Alang2 Nk buat,buat betul2!!jgn buat main2,jgn buat bende yg sia2…ingat tu! #cartooncar #zameerpentbrush ♬ original sound – Zameerpentbrush