McD Perkenalkan Menu Rahmah, RM5 Untuk Satu Hidangan Dalam Usaha Bantu Mereka Yang Memerlukan

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan sudah memperkenalkan menu Rahmah yang membantu orang ramai membeli sumber makanan dengan kadar yang murah dan mampu milik.

Iospital phone repair gombak

Dan bukan kedai makan biasa sahja, malah restoran ‘fast food’ popular juga turut memperkenalkan menu Rahmah yang berharga RM 5 ini.

Terdapat tiga jenis menu yang dikeluarkan oleh McDonald’s (McD) iaitu burger ayam dan teh ais limau, bubur ayam dan teh ais limau, serta McEgg dan teh ais limau.

Difahamkan, menu Rahmah ini boleh didapati sepanjang hari di semua cawangan McD seluruh negara.

Pengenalan Menu Rahmah di McD merupakan sokongan terhadap usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membantu dan meringankan beban masyarakat tatkala peningkatan kos sara hidup yang sedang melanda negara.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika merasmikan Menu Rahmah di McD menyatakan bahawa pihaknya berharap lebih ramai pemain industri dapat turut serta dalam melaksanakan inisiatif ini.

“Dengan penyertaan McDonald’s ke dalam Menu Rahmah, ia membuktikan makanan yang disediakan dalam inisiatif ini adalah berkualiti dan bukannya berkelas rendah.

“Kami tidak berkompromi walaupun harganya murah.

“Kami sangat berbesar hati melihat McDonald’s dapat bersama kami melaksanakan Menu Rahmah ini sebagai usaha untuk menyediakan hidangan yang berpatutan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Melati Abdul Hai selaku Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia menjelaskan bahawa pihaknya mahu memastikan rakyat MAlaysia dapat menikmati pelbagai hidangan di cawangan mereka tanpa memikirkan latar belakang mereka.

“Sebagai jenama yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia dengan sukacitanya menyokong inisiatif yang bermakna ini.

“Dengan pelancaran Menu Rahmah McDonald’s Malaysia, ia membolehkan kami menyediakan hidangan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja,” terangnya lagi.

Sementara itu, McD turut mengumumkan kemunculan semula menu yang sangat dinantikan oleh orang ramai sempena bulan Ramadan, iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging akan kembali.