Tular Rakaman Ular Digilis, Tindakan Tidak Berperikemanusiaan Pemandu Van Ini Cetus Pelbagai Respon Netizen

Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis makhluk atau hidupan yang wujud di bumi ini. Walaupun terdapat sesetengah hidupan itu berbisa dan berbahaya sehinggakan ia boleh dibunuh, akan tetapi kita haruslah tidak menyeksa sesuatu makhluk itu kerana ia dianggap tidak berperikemanusiaan.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kes yang tular baru-baru ini yang melibatkan sebuah van yang selamba sahaja menggilis seekor ular di atas jalan raya.

Difahamkan, rakaman kejadian itu berlaku di Kampung Kerdas 6, Gombak, Selangor telah meraih pelbagai respon warga netizen selepas rakaman tersebut dikongsikan menerusi laman Facebook.

Berdasarkan rakaman tersebut yang dimuat naik oleh akaun Mat Paih di dalam Grup B40 Buat Perangai Apa Harini , dapat dilihat seorang lelaki sedang memberhentikan motosikalnya di tengah jalan untuk memberi laluan kepada ular berkenaan untuk melintas jalan.

Manakala dari arah bertentangan pula, beberapa penunggang motosikal turut memberhentikan kenderaan mereka bagi memberi laluan kepada ular tersebut yang sedang menyeberang jalan

Tiba-tiba muncul sebuah van yang dengan selamba sahaja menggilis haiwan berdarah sejuk itu sebelum ia sempat melintas.

Menerusi rakaman itu, kelihatan ular tersebut seperti sedang menggelupur kesakitan ekoran tindakan pemandu van yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.

Kemudian dapat dilihat, ular itu menyusur ke dalam rumput dengan perlahan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan pemandu van itu kerana tergamak menggilis haiwan tersebut yang tidak berbuat apa-apa pun pada saat itu.

Namun begitu, ada juga warganet yang berpendapat sebaliknya kerana haiwan itu tergolong antara jenis haiwan yang berbahaya.

Antara komen netizen:

“Gamak ye..walaupn dia minatang berbahaya,selagi ada cr nk setel kita setel cr baik dulu.bkn keadaan darurat pn.binatang pn berhak hidup jgk.”


“murung ula tu nk melintas. kalau nk bunuh, bunuh terus. langar gitu buat dia terseksa je. lg satu ula ni berdendam, krg hbs smua venet dia cari”

“Ular dan buaya ni jgn bgi muka sngat. Ko kesian kt diorg, jpgi ngan kau² kena telan. Klau aku, aku gilis bnyk kli jgk.”

Video yang tular: