Tular Foto Anak Anzalna Bersama Ibu Mentua, Wajah Emirhan Dipuji Seperti Bayi Turki

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik Anzalna Nasir yang pernah membintangi drama Love You Mr.Arrogant ini? Anzalna membuat penampilan pertamanya sebagai salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010, yang turut disertai oleh Neelofa, Izara Aishah, Ramona Zamzam, Syatilla Melvin dan Azar Azmi. Selepas Dewi Remaja tamat, Anzalna menceburi bidang lakonan dan mendapat tempat di hati penonton serta pujian orang ramai.

Walaupun sudah 4 tahun tidak muncul di dalam kaca TV, pemegang nama Nur Anzalna Md Nasir atau lebih dikenali Anzalna Nasir ini sering berkongsikan ‘update’ berkenaan dirinya dan keluarga di platform media sosial.

Terbaharu, Anzalna Nasir telah memuat naik beberapa keping gambar anak lelakinya Mohamad Emirhan dan mendapat perhatian daripada orang ramai. Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan anaknya Emirhan sedang didukung oleh ibu mertua Anzalna sambil tersenyum memandang ke arah kamera dengan muka yang comel.

“Alhamdulillah Emirhan is 3 months old. Grandma panggil dia budak Turkey! hahahahhaha Sepanjang pregnant mommy asyik tengok Turkish drama beratus episodes dengan grandma.” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, Anlzana Nasir turut mengatakan ibu mentuanya itu memanggil Emirhan dengan panggilan ‘budak Turki’ kerana mempunyai wajahnya seiras bayi di Turki.

Siapa yang tidak tahu pelakon ini berdarah kacukan Melayu, Cina ,Punjabi dan Bugis. Bapanya, Hanif Zaki berketurunan Cina, manakala ibunya pula Punjabi. Tidak hairanlah apabila, ibu mentuanya menyamakan Emirhan dengan bayi Turki kerana kulitnya yang putih.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan-rakan artis turut memuji dan bersetuju dengan kenyataan yang dibuat olehh ibu mentuanya itu yang memanggil anak lelaki Anzalna Nasir, Emirhan seperti anak-anak Turki.

Antara komen warganet di laman Instagram:

“Masha’Allah. He does look Turkish. So cute”


“This is a sign to have baby girl! Next year okay anzalna? HAHAHAH”

“MasyaAllah sungguh cutenya ya Allah”

“Betul macam anak orang Turkey, Hensem”

Gambar yang dikongsi di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)