“Dah setaraf orang barat” Penampilan Semakin ‘Panas’, Eyka Farhana Dikritik Netizen

Eyka Farhana atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi merupakan pelakon muda yang berbakat dalam bidang lakonan dan mula dikenali ramai apabila membintangi filem Box-office, Polis Evo.

Dia juga serig menjadi bualan ramai dek kerana penampilannya yang agak seksi. Bagaimanapun, dia tampil mengatakan dia lebih selesa menjadi diri sendiri dan bukanlah mengikut kehendak orang semata-mata.

Terbaharu, pelakon cantik ini telah kembali mendapat perhatian netizen apabila memuat naik video dan gambar dengan memperagakan pakaian jenama terkenal Calvin Klein yang juga difahamkan merupakan jenama pakaian dalam.

Menerusi video tersebut kelihatan Eyka Farhana memakai singlet pendek dan menampakkan sebahagian badannya serta memakai jaket di luar.

Susulan video ‘panas’ tersebut ramai pihak yang mencemuh pakaian yang dikenakan Eyka Farhana.  Dia juga dikecam hebat kerana berani tampil dengan imej ‘daring’ sebegitu sedangkan dia seorang wanita Islam.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meninggalkan komen yang negatif dan mempersoalkan penampilan Eyka Farhana yang semakin seksi jika dibandingkan sebelum ini.

Bukan itu sahaja, ada di antara peminatnya yang meluahkan rasa kecewa dengan penampilan pelakon tersebut.

Antara komen warganet di laman Instagram:

“Astaghfirullah! apa ni? mana ada orang Islam berpakaian macam ni. Aduh! Makin nak dekat kiamat, makin jahil.”


“Dia terpaksa buat takut tak ada gaji, dia lagi takut tak ada gaji dari azab api neraka”

“Wow..dah setaraf orang barat..aurat is nothing..”

“Tah lah..nak cakap slay pun tidak..nak nangis pun tidak sebab dah besar panjang..kalau pakai terdedah tu boleh lagi terima nanti berubah..ni dah sampai tahap nak tayang macam tu..clavin ni memang takda retis lain ke? yang nak ambik buat job?awat melayu Islam jugak?”

“Allah, Eyka Farhana ku kenali dahulu sudah menjadi sebegini, semoga mendapat hidayah..”

Video dan gambar yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EF✨ (@eykafarhana)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EF✨ (@eykafarhana)

Sekadar info, ruangan komen video yang dimuat naik oleh Eyka Farhana telah ditutup di atas sebab-sebab tertentu.