“Siap offer wife sendiri..” Lelaki Ini Tergamam Jumpa Group ‘Tukar Pasangan Suami Isteri’ Di Facebook

Facebook merupakan salah satu medium media sosial yang menjadi pilihan orang ramai ketika ini.

Kita sebagai pengguna Facebook kita semua sudah pastinya tahu akan kewujudan pelbagai kumpulan yang dicipta bagi berkongsi minat yang sama.

Selain itu, orang ramai boleh berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mereka berhubung sesuatu isu.

Status suami sanggup tukar pasangan untuk merasai keseronokan

Walaubagaimanapun di sebalik kerancakan berkongsi pelbagai info, ada sesetengah kandungan dalam sesuatu kumpulan itu boleh dikatakan agak keterlaluan.

Seperti perkongsian dari Haqim, difahamkan dia terjumpa group di Facebook yang dianggap sensitif dan kurang sopan.

Menurutnya, ada individu berstatus suami sanggup bertukar pasangan untuk merasai keseronokan.

“Tadi aku search dekat Facebook “tukar nama” sebab nak cari info tukar hak milik kat JPJ sekarang.

“Tau aku jumpa group apa?”

Ada Group Tukar Pasangan Suami Isteri

Difahamkan, Haqim ketika sedang mencari group untuk menukar nama pemilik berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Facebook.

Lebih mengejutkan apabila dia terjumpa ‘Group Tukar Pasangan Suami Isteri (suka sama suka)’ dan ‘Tukar Pasangan Suami Isteri Suka Sama Suka’.

Oleh kerana pencarian tanpa sengaja itu telah timbul pelbagai persoalan dan tanda tanya mengenai group tersebut.

“Jumpa group ni. Aku macam curious lah kan apa maksud tukar tu? Aku pun cuba bukak. Satu private group, lagi satu public. So aku tengok yang public.”

Ada posting nakal dan keterlaluan

Difahamkan dia juga cuba untuk sertai group tersebut untuk tujuan melihat intipati posting di situ. Tapi apa yang ditemuinya sangat mengejutkan!

Menurut perkongsian dari Haqim, ternyata dia temui posting ‘nakal’ dan dianggap keterlaluan.

Malah ada sehingga ada pengguna media sosial sanggup mencari isteri orang lain untuk berseronok.

“Aku tak sangka wujud manusia yg sanggup buat benda macam ni. Ada yang suami offer wife, ada yang wife offer diri sendiri.”

Sanggup bertukar pasangan hanya untuk keseronokan

Bukan itu sahaja, ahli dalam group tersebut juga berbual dan menjalankan urusan seperti jual beli untuk bertukar-tukar pasangan hanya keseronokan semata-mata.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, ahli yang sertai group tersebut juga ada berstatus isteri orang juga.

“Damn scary gila. Dalam group ni bukan ada suami je, isteri orang pun ada sekali.

“Tau apa lagi gila? Ada husband and wife yg open kalau orang lain nak join sekali to do that thing. WHAT. ”

“Hakikatnya benda ni wujud dekat masyarakat kita. Jenis suami offer isteri kat group of guys. Ada yg wife pun on je dapat ‘rasa’ yang lain.

“Manusia macam ni mmg kahwin sebab sekks je ke?”

 

“Dah macam cari barang weh. Siapa area sana. Siapa area sini. Pstu ada yg komen saya saya. Pm done pm done.

“Sumpah lelaki dengan perempuan yg dah kahwin lepastu buat benda macam ni aku xtau la nak cakap apa.

“Kau dah kahwin, dah ada someone. WHY WOULD YOU CARI ORG LAIN BILA H@RNY.”


BACA: “Ku inginkan Solehah tapi rupanya Solihun,” Kenal Di Apps Cari Jodoh, Lelaki Terkejut ‘Gadis’ Pujaan Rupanya..

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan tidak menyangka ada group seperti itu di media sosial.