Trump Bengang Google Search Perkataan ‘Idiot’ Muncul Gambarnya, Ini Respon Google

Jawatankuasa Perundangan Amerika Syarikat (House Judiciary Committee) menyoal dan mengasak CEO Google, Sundar Pithcai dengan menyoalnya mengapa gambar Presiden USA, Donald Trump muncul setiap kali perkataan ‘idiot’ atau bodoh dicari di Google.

Ahli Kongres jawatankuasa itu, menurut laporan berita, mendakwa bahawa hasil carian Google adalah ‘biased’ ataupun berat sebelah.

Sundar Pithcai

Mereka menuduh ahli Demokrat yang bekerja di bahagian enjin carian Google memilih laman web liberal berbanding konservatif untuk hasil carian utama di dalam servis Google.

“Manipulasi hasil carian – Saya fikir penting untuk membincangkan bagaimana carian dijalankan,” kata perwakilan Zoe Lofgren, yang membenarkan Sundar memberi penjelasan.

“Sekarang, jika kamu Google perkataan ‘idiot’, di bawah imej, gambar Donald Trump muncul, saya baru melakukannya.

“Bagaimanakah ini berlaku? Bagaimanakah carian ini menjadi seumpama itu?” soalnya.

Sundar Pithcai menjelaskan bagaimana ia berfungsi:

“Kami menyediakan pencarian hari ini untuk – bila-bila masa anda menaip kata kunci, kami sebagai Google, kami akan ‘crawl’ dan menyimpan salinan berbilion laman web dalam indeks kami.

“Kami mengambil kata kunci dan memadankannya dengan laman web dan menarafkannya berdasarkan lebih daripada 200 isyarat, perkara seperti kaitan, kesegaran, populariti, bagaimana orang lain menggunakannya.

“Dan berdasarkan itu, pada bila-bila masa tertentu, kami cuba menarafkan dan mencari hasil terbaik untuk pencarian itu.

“Kemudian kami menilai mereka dengan agensi luar untuk memastikan, dan mereka menilainya kepada garis panduan objektif, dan itulah cara kami memastikan proses itu berfungsi. ”

Sumber: Business Insider