“Tq jaga kesayangan hamba” Tok Ti Kongsi Foto Team Bodyguard Yang Jaga Keselamatannya

Dato Siti Nurhaliza ataupun lebih mesra dengan panggilan Tok Ti baru saja menamatkan konsertnya di Stadium Bukit Jalil minggu lalu.

Ternyata auranya masih gah apabila para peminatnya berpusu-pusu datang ke konsertnya termasuklah beberapa orang selebriti.

Terbaru, melalui satu posting di Instagram, Tok Ti telah berkongsi satu foto tanda penghargaan kepada para pengawalnya ataupun bodyguard.

BACA: [VIDEO] “Juri Hafal Dan Nyanyi Lagu Siti” Siti Nurhaliza Disambut Meriah di Indonesia, Trending Di Youtube

Mereka telah mengawal rapi keselamatan Siti Nurhaliza di sepanjang tour konsertnya sejak beberapa minggu lepas.

Di dalam posting tersebut Tok Ti mengucapkan terima kasih kepada team pengawalnya dan dan memuji mereka kerana memberikan perkhidmatan yang terbaik dan terlatih.

Katanya lagi team ini jugala yang menyediakan kemudahan pengangkutannya di tiga lokasi sepanjang tour konsert berlangsung.

 

View this post on Instagram

 

Thanks a million @CTDK and DK.

A post shared by Azaad Stanley Shahabuddin (@azaad_stanley) on

Berikut kapsyen Tok Ti pada posting beliau:

“Inilah team yang menjaga saya (bodyguard )serta menyediakan kemudahan pengangkutan #sitinurhalizaontour di tiga lokasi ..

“Perkhidmatan Terbaik & Terlatih .. Terima kasih tak terhingga Datuk Azzad @azaad_stanley 

Rata-rata peminat memuji keperihatinan Tok Ti terhadap pengawalnya dan bersyukur keselamatan Tok Ti terjamin sepanjang konsert berlangsung.

Malah, ada yang mengucapkan terima kasih kepada team pengawal kerana menjaga keselamatan ‘kesayangan’ mereka itu.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin lahir 11 Januari 1979, lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen dan ahli perniagaan terkenal di Malaysia.

Siti memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995 di mana beliau menerima tawaran kontrak rakaman daripada empat syarikat rakaman antarabangsa sebelum dilamar oleh Suria Records.

Single sulungnya, “Jerat Percintaan” telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 dan dua anugerah lagi untuk Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik.

Album pertamanya sendiri, sehingga 2005, ia telah terjual sebanyak 800, 000 unit di Malaysia sahaja Selain itu, beliau juga telah mendapat gelaran Ratu Pop Malaysia.

Sepanjang kerjayanya, Siti telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara.

Siti juga telah digelar sebagai Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion pada pertandingan nyanyian Voice of Asia di Almaty, Kazakhstan pada tahun 2002.

Beberapa tahun sebelumnya, beliau telah memenangi beberapa pertandingan nyanyian antarabangsa, antaranya Anugerah Emas Pertandingan Penyanyi Baru Asia di Shanghai Asia Music Festival, yang di adakan di Shanghai, China pada tahun 1999, dan Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Wanita serta Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu International di South Pacific International Song and Singing Competition 1999 yang diadakan di Gold Coast, Queensland, Australia, pada tahun yang sama.

Sehingga kini beliau telah memenangi hampir 300 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara.

Antara anugerah yang dimenanginya termasuklah 42 Anugerah Industri Muzik, 23 Anugerah Bintang Popular, 26 Anugerah Planet Muzik, 18 Anugerah Juara Lagu, 4 Anugerah MTV Asia, 3 Anugerah Muzik Dunia, 2 Anugerah Musik Indonesia, 2 Anugerah Muzik Singapura dan pemegang 2 rekod di dalam Malaysia Book of Records.

Di dalam kerjayanya, Siti telah merakamkan dan menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia, Jawa, Mandarin, Hindi, Arab dan Jepun.