Toreh Muka Remaja Dengan Kunci, Peniaga Dengki Berniaga Barang Sama Undang Kecaman Netizen

Sifat dengki dalam perniagaan ni bukan lah satu isu yang baharu sehinggakan ada yang sanggup membakar gerai orang lain atau menggunakan ‘cara halus’ untuk menutup periuk nasi orang lain.

Rezeki masing masing, kalau jualan berbeza tapi tak laku, tak kemana juga. Bukan kita yang pegang ‘kunci’ rezeki tu kan?

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana wajah seorang wanita berlumuran darah apabila ditoreh menggunakan kunci mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Nor Syifa Syahira, dapat kita lihat muka seorang remaja berbaju putih berlumuran darah selepas bergelut dengan seorang peniaga berbaju hitam.

Difahamkan, punca pergaduhan tercetus apabila peniaga tersebut tidak berpuas hati kerana remaja itu berniaga barangan yang sama dengannya.

Pergelutan antara dua wanita yang dipercayai kerana sifat dengki itu telah berlaku berhampiran gerai mainan di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda.

Dapat juga kita lihat beberapa peniaga lain membantu wanita berbaju putih malah anggota JPAM juga pantas bergegas ke tempat kejadian.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap peniaga berbaju hitam yang memiliki sifat dengki sekaligus tidak berhati perut.

Dalam masa yang sama, netizen juga menyifatkan peniaga berbaju hitam itu tidak percaya dengan rezeki yang telah ditetapkan.

Antara komen warga maya:

“orang yang tak percaya dengan rezeki Allah memang sanggup aniaya orang lain.. takpe la dik, insyaAllah ada rezeki di tempat lain”

“mangsa kena 6 jhitan.. gaduh sebab jual barang sama.. dia tolak barang jualan mangsa & toreh muka..”


“rezeki masing masing, Allah dah tetapkan.. apa-apa pun, peniaga tu sejujurnya tak ada hak nak buat sampai macam tu”


Video yang tular di laman TikTok:

@norsyifasyahira Semoga urusan adik ni di permudahkan #pandaimerdeka #viral #fyp ♬ bunyi asal – Shah – Nasi Lemak

@norsyifasyahira Balas kepada @raudah99__ ♬ original sound – ki