Tonton Single Khas Alif Satar Dan Raihan ‘Sesungguhnya2019’

Bagi anda yang membesar pada zaman 90an pastinya cukup kenal dengan lkumpulan nasyid Raihan.

Di antara lagu yang popular adalah Iman Mutiara dan Sesungguhnya. Kini, setelah lebih sedekad, Raihan muncul sekali lagi dengan gandingan vokal Alif Satar untuk single khas Sesungguhnya2019.

Walaupun nyanyian asal Ustaz Nazrey lebih menyentuh hati, gubahan versi Alif ini lebih moden dengan gubahan muzik yang sedap didengar.

Mari kita sama-sama tonton MV Sesungguhnya2019

Lirik Lagu Sesungguhnya

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan

Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu

Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati

Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga kutahu
Syukurku adalah milik Mu